Pengumuman Dan Kaedah Semakan Keputusan
Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I & III
Sesi 2020/2021

  1. Calon PSPM, Semester i & III, Sesi 2020/2021 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 23 Mac 2021
    (Selasa) jam 10.00 pagi 
    melalui kaedah berikut:
  • Laman Web
    Layari http://www.moe.gov.my
    Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. KP
    (calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)
  • Telefon
    Kolej masing-masing
    Sektor Pengurusan Peperiksaan Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-884 4083

Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk Panduan Program Matrikulasi Sesi 2020/2021


Takwim Pelaksanaan Semak Semula Keputusan PSPM
Semester I & III, Sesi 2020/2021

      

Perkara Keterangan Tarikh
Umum Keputusan PSPM

Keputusan PSPM Semester I & III, Sesi 2020/2021 diumumkan

23 Mac 2021
Tempoh Permohonan

Tempoh borang permohonan rayuan semak semula keputusan PSPM Semester I dan III, Sesi 2020/2021 diterima di BMKPM direkod dan disemak.

(Borang dan informasi berkenaan permohonan semak semula keputusan PSPM boleh didapati di kaunter unit peperiksaan KMJ)

23 Mac - 5 April 2021

Tarikh akhir permohonan rayuan semak semula keputusan PSPM Semester I dan III, Sesi 2020/2021 dihantar ke kaunter unit peperiksaan KMJ.

(Peringkat Kolej)

30 Mac 2021
(sebelum jam 5.00 petang)
Tarikh akhir borang permohonan rayuan semak semula keputusan PSPM Semester I dan III, Sesi 2020/2021 tiba di BMKPM 5 April 2021
(sebelum jam 4.00 petang)
Umum Keputusan Semak Semula Keputusan permohonan rayuan semak semula keputusan PSPM Semester I dan III, Sesi 2020/2021 dimaklumkan kepada kolej melalui emel 5 Mei 2021