SOALAN LAZIM PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

 1   Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2020/2021? 
    Keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2020/2021 ialah pada 3 Jun 2020 (Rabu).
 2    Tarikh Pendaftaran Sesi 2020/2021
     3- 6 Ogos 2020 (Isnin- Khamis)

3   Rayuan
   

Sila layari www.moe.gov.my untuk maklumat terkini

4   Yuran Pendaftaran
   

Jurusan Sains (Sistem Dua Semester - SDS) - RM599.60

Jurusan Sains (Sistem Empat Semester - SES)

RM599.60 (Tahun ke-1)

RM296.60 (Tahun ke-2)

Perakaunan - RM546.604

Sistem Empat Semester (Tahun ke-2) bagi

Jurusan Sains Sesi 2019/2020  - RM396.60

Sistem Dua Semester Mengulang Sesi 2020/2021  - RM396.60

5   Pembayaran Yuran
   

Pembayaran hendaklah dibuat secara 'Bank In' di mana-mana cawangan Bank  Simpanan Nasional (BSN) di atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi Johor. Pastikan anda membawa Surat Tawaran ketika membuat pembayaran.

TIDAK DIBENARKAN MEMBAYAR YURAN PENDAFTARAN MELALUI ATAS TALIAN DAN DEPOSIT TUNAI (‘ONLINE/CASH DEPOSIT‘). HANYA BAYARAN MELALUI KAUNTER BSN SAHAJA DIBENARKAN.

Pelajar diwajibkan untuk membuat pembayaran sebelum mendaftar. Kaunter BSN ada disediakan untuk kemudahan pembayaran bermula jam 9 pagi di Pusat Sumber, KMJ.

6   Penangguhan Bayaran
    Sekiranya pelajar mempunyai masalah kewangan, pelajar boleh memohon bantuan atau penangguhan,  dan berurusan dengan pihak Hal Ehwal Pelajar. Pelajar perlu hadir pada hari pendaftaran dan berhubung dengan pihak urusetia hari pendaftaran.

7   Bayaran MUET
    Yuran MUET sebanyak RM100 telah termasuk dalam jumlah Yuran Pendaftaran. Pihak kolej akan daftarkan ujian MUET pelajar. 
8   Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP)
    Jumlah elaun pelajar ialah RM1250.00 satu semester. Pembayaran BSHP akan diberi secara bulanan kepada pelajar yang layak sebanyak RM 250.00 sebulan.

9   Penangguhan Pendaftaran
    Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran.  Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej Matrikulasi yang anda ditempatkan, sehari sebelum tarikh pendaftaran. Maksimum penangguhan hanya 5 hari sahaja. Jika melebihi 5 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

10   Daftar awal
    Tidak boleh.

11   Pelajar sedang ikuti umrah / di luar Negara
    Dapatkan kebenaran daripada BMKPM berkenaan penangguhan dengan menyertakan bukti.

12   Permohonan pertukaran kolej
    Tidak dibenarkan. Hanya bagi kes seperti sakit yang memerlukan rawatan yang sangat kerap dan rapi dan adik beradik kembar sahaja boleh memohon. Permohonan boleh dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi, BMKPM.

13   Kolej-kolej Matrikulasi
   

Jumlah Kolej Matrikulasi    - 15
Jumlah Kolej Matrikulasi Teknikal – 3
Jumlah Kolej Mara – 2

Kolej Matrikulasi Melaka, Londang
Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah
Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas
Kolej Matrikulasi Perlis, Arau
Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak
Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang
Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
Kolej Matrikulasi Kelantan, Kok Lanas
Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian
Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang – Jurusan Perakaunan sahaja.
Kolej MARA Kulim, Kulim - Jurusan Sains sahaja.

14   Program yang ditawarkan
    a. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Kejuruteraan
  3. Jurusan Perakaunan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)
b. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
i. Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

15   Jurusan yang ditawarkan di KMJ
    Jurusan Sains
  1. Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi.
  2. Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.
  3. Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer.
Jurusan Perakaunan
  1. Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik
16   Menukar jurusan
   

Pertukaran dari jurusan Sains ke Perakaunan Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) - (dibenarkan)
Pertukaran dari Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) ke Program Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES) - (dibenarkan)
Pertukaran dari jurusan Perakaunan ke Sains. -(dibenarkan)

*Proses penukaran jurusan hanya dibuka semasa minggu pengurusan pelajar. Pelajar perlu memohon dengan mengisi borang permohonan pertukaran jurusan di kaunter pejabat Hal Ehwal Pelajar selepas dimaklumkan semasa taklimat MPPB.

17   Jurusan yang akan pelajar dapat?
    Modul yang ditawarkan kepada  pelajar  adalah berdasarkan keputusan SPM pelajar dan akan diketahui semasa pelajar menjalani Minggu Pengurusan Pelajar Baharu.

18   Berhenti daripada Matrikulasi
   

Pemberhentian dari Program Matrikulasi KPM disebabkan perkara berikut diberi pengecualian pembayaran penalti  Program Matrikulasi KPM:

  1. Pelajar mengikuti program ijazah pertama di luar Negara.
  2. Pelajar mengikuti program ijazah pertama kelolaan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau ijazah dalam Negara dengan tajaan JPA, MARA, agensi-agensi kerajaan dan korporat.
  4. Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah diluluskan sekali penangguhan dengan sokongan laporan perubatan hospital kerajaan/hospital pakar swasta sahaja.
  5. Sebab-sebab lain mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi.
  6. Borang Berhenti Pengajian (Borang HEP)
19   Menangguhkan pengajian
    Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali kes kesihatan yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu  mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan pengajian hanya diberikan sekali sahaja dan hanya setelah mendapat kelulusan Pengarah Kolej Matrikulasi tempat mendaftar.
Borang Penangguhan (Borang HEP)

20   Tuntutan semula yuran sekiranya membatalkan pendaftaran
    Boleh dengan menyertakan surat permohonan ke Bahagian Kewangan KMJ dan disertakan :
  1. Borang permohonan pemulangan yuran (Borang HEP)
  2. Salinan surat tawaran matrikulasi
  3. Salinan surat tawaran dari institusi lain
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Salinan no akaun PELAJAR
  6. Slip ASAL pembayaran yuran (BSN)
21   Senarai semak Panduan Pendaftaran Pelajar
    Lampiran senarai semak pelajar boleh didapati/ di muat turun dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my
  1. Membuat pembayaran yuran di BSN dan membawa slip bayaran asal bersama.
  2. Gambar berukuran pasport (6 keping)
  3. Borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar yang lengkap (2 salinan asal)
  4. Setem HASIL bernilai RM10.00 (2 keping)
  5. Salinan sijil lahir pelajar
  6. Salinan kad pengenalan pelajar
  7. Salinan slip keputusan SPM
  8. Salinan sijil berhenti sekolah
  9. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  10. Salinan sijil lahir ibu dan ayah ( jika ada)
  11. Salinan surat tawaran kursus dari Bahagian Matrikulasi, KPM.
  12. Fotostat bahagian muka depan BUKU/KAD AKAUN BANK RAKYAT yang tertera nombor akaun dan ditampal di atas Borang maklumat akaun bank (Lampiran 1).
  13. Keperluan peribadi dan kesihatan.
  14. Pakaian ke kuliah/amali/tutoran.
  15. Wang saku yang mencukupi.
  16. Memuat turun aplikasi imbasan QR code di telefon pintar pelajar (untuk kegunaan sepanjang MPPB dan pembelajaran di KMJ) 
  17. Memuat turun aplikasi imbasan QR code di telefon pintar ibu / bapa / penjaga (untuk kegunaan soal selidik sewaktu pendaftaran)
22   Pakaian hari pendaftaran
    Pelajar Lelaki
  1. Pakaian - Pelajar lelaki diwajibkan berpakaian kemas dan sopan iaitu berbaju kemeja kosong (plain), berlengan panjang, bertali leher dan berseluar 'slack' berwarna gelap (hitam/blue black/coklat gelap).
  2. Tali pinggang tidak melebihi 3cm lebar. Manakala kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan.
  3. Berkasut warna gelap (kulit/PVC).
  4. Rambut tidak melebihi paras kolar, diurus dengan rapi dan kemas, tidak diwarnakan, sesuai dengan perwatakan seorang pelajar Kolej Matrikulasi.

Pelajar Perempuan

  1. Pakaian - Pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai baju kurung. Pastikan juga baju tidak jarang.  (Jubah/dress/niqab tidak dibenarkan).
  2. Pelajar perempuan bukan Islam, digalakkan memakai baju kurung. Pakaian lain seperti blaus dan berskirt labuh melebihi paras lutut juga dibenarkan.
  3. Bagi yang tidak bertudung, pastikan rambut diikat rapi dan kemas. Rambut tidak boleh diwarnakan.
  4. Berkasut tutup (kulit/PVC) berwarna gelap.
23   Pakaian dan penampilan diri semasa di KMJ
    Lampiran pakaian pelajar semasa menghadiri kuliah dan kelas boleh didapati/ di muat turun dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my
Secara umum,
  1. Pakaian kuliah – formal
  2. Seluar jeans, “legging” dan “jegging”  – tidak dibenarkan
24   Pertukaran bilik
    Penempatan bilik ditentukan oleh sistem. Sebarang permohonan pertukaran bilik tidak akan dilayan kecuali kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sahaja.

25   Senarai hotel di Tangkak
    Lampiran senarai hotel di sekitar Tangkak boleh didapati/ di muat turun dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my

26   Bolehkah pelajar keluar bersama keluarga selepas selesai pendaftaran?
    Tidak dibenarkan

27   Adakah pelajar dibenarkan outing mingguan atau Pulang Bermalam Hujung Minggu dalam tempoh PKPP?
    Aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam tidak dibenarkan sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

28   Adakah pelajar dibenarkan bersukan atau beriadah?
    Aktiviti riadah atau sukan yang tidak melibatkan aktiviti berkumpulan adalah dibenarkan. Aktiviti riadah yang dibenarkan hanya aktiviti perseorangan (badminton, tenis, ping pong, golf dan lain-lain)

29   Bolehkah pelajar-pelajar membeli makanan daripada luar kolej dan menggunakan perkhidmatan penghantar makanan seperti Food Panda atau Grab Food?
    Tidak dibenarkan