SOALAN LAZIM BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (BMKPM)

1. Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?

Mulai sesi 2020/2021 pengambilan dan pemilihan pelajar lepasan SPM termasuklah ke Program Matrikulasi KPM diselaraskan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA JPT) atau lebih dikenali sebagai UPU melalui dasar Single Window, Single Offer. Sehubungan dengan itu permohonan ke Program Matrikulasi KPM perlu dibuat melalui http://upu.moe.gov.my  

2. Apakah program dan jurusan yang ditawarkan?

   Program Matrikulasi KPM menawarkan dua program iaitu:

 a. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester yang dilaksanakan dalam tempoh setahun yang menawarkan jurusan seperti yang berikut:

i. Jurusan Sains

ii. Jurusan Kejuruteraan

iii. Jurusan Perakaunan

iv. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

b. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun (Bumiputera sahaja) yang menawarkan Jurusan Sains sahaja.

3. Apakah program dan jurusan yang ditawarkan oleh Program Matrikulasi, KPM?

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Perakaunan
  3. Jurusan Kejuruteraan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional

4. Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)?

Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua bidang pengkhususan Program Matrikulasi KPM.

5. Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

6. Di manakah Program Matrikulasi KPM dijalankan?

Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua (2) buah kolej Mara seperti berikut:

  1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
  2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
  3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
  6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  10. Kolej Matrikulasi Selangor,Banting.
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih.
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang.
  14. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka.
  15. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian.
  16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
  17. Kolej MARA Kulim, Kulim.

7. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan calon jaya ke Program Matrikulasi KPM?

Mengikut dasar Single Window, Single Offer pelajar akan mendapat satu tawaran sahaja dan semakan calon jaya dibuat melalui http://upu.moe.gov.my

8. Apakah syarat minimum permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sistem Dua Semester?

Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2019:

JURUSAN SAINS

JURUSAN PERAKAUNAN

ALIRAN TEKNIKAL

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA INGGERIS

C

BAHASA INGGERIS

C

BAHASA INGGERIS

B

MATEMATIK

C

MATEMATIK

B

MATEMATIK

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

KIMIA

C

FIZIK/ KIMIA/ BIOLOGI/ SAINS/ SAINS TAMBAHAN/ TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ ASAS KELESTARIAN / SAINS PERTANIAN /
PERTANIAN/ EKONOMI RUMAH TANGGA/ SAINS RUMAH TANGGA/ REKA CIPTA/ TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI /
SAINS KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ LUKISAN KEJURUTERAAN/ GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL/ PRINSIP PERAKAUNAN /
EKONOMI ASAS/ EKONOMI/ PERDAGANGAN/ PERNIAGAAN/ PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH/ TASAWWUR ISLAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
(DUA (2) TERBAIK)

C

FIZIK

C

FIZIK/BIOLOGI
(SALAH SATU)

   

C

BIOLOGI/ SAINS TAMBAHAN/ TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ ASAS KELESTARIAN/ SAINS PERTANIAN/ PERTANIAN/
EKONOMI RUMAH TANGGA/ SAINS RUMAH TANGGA/ REKA CIPTA/ TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI/
SAINS KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ LUKISAN KEJURUTERAAN/ GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL/ PRINSIP PERAKAUNAN/ EKONOMI ASAS/
EKONOMI/ PERDAGANGAN/ PERNIAGAAN/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL/
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
(SALAH SATU)

       

LULUS

KIMIA

LULUS

SEJARAH

LULUS

SEJARAH

LULUS

SEJARAH

MATA PELAJARAN BERTANDA GELAP UNTUK PENGIRAAN MERIT

Apakah syarat minimum permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sistem Empat Semester?

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2019

Jurusan Sains

·         Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris

·         Lulus Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer.

·         Lulus Sejarah

9. Bilakah tarikh pelajar mendaftar di kolej-kolej matrikulasi?

Tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu sesi 2020/ 2021 ialah pada 3- 7 Ogos 2020 (Isnin- Jumaat). Tarikh pendaftaran tertera dengan jelas pada surat tawaran.

10. Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan?

Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej apabila anda mendaftar di kolej yang telah ditawarkan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

11. Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat melalui pengarah kolej (secara bertulis).

Jika 5 hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

12. Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?

Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian bermula 3 Jun 2020 dan akan berakhir pada 6 Jun 2020

boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan (kaunter rayuan ada disediakan dalam tempoh tersebut), atau

menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu dilampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

13. Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut?

Anda boleh mengetahui keputusan rayuan tersebut, bermula 22 Jun 2020 dan anda boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut :

  1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang, atau
  2. melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my, atau
  3. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada 15888.

14. Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?

  1. Hanya pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan sahaja dibenarkan. Surat rayuan perlu dihantar kepada pengarah kolej anda mendaftar.
  2. Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains tidak dibenarkan.
  3. Pertukaran dari Jurusan Kejuruteraan kepada Jurusan Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

15. Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke Semenanjung Malaysia?

Tidak, kecuali pelajar yang ditawarkan Jurusan Kejuruteraan dan Perakaunan Profesional.

16. Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?

Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan dan lain-lain yang munasabah. Permohonan perlulah dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

17. Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar.

18. Adakah saya dikenakan penalti jika berhenti daripada menamatkan pengajian di Program Matrikulasi KPM?

Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut Prosedur Operasi Standard Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi KPM yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 (Pindaan 2017) KECUALI:

  1. Pelajar mengikut program ijawzah pertama di luar negara, atau
  2. Pelajar mengikuti program ijazah pertama kelolaan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, atau
  3. Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau Ijazah dalam negara dengan tajaan JPA, MARA, agensi-agensi kerajaan dan korporat, atau.
  4. Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah diluluskan sekali penangguhan pengajian dengan sokongan laporan perubatan hospital kerajaan atau hospital pakar swasta sahaja, atau
  5. Sebab-sebab lain mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi KPM.

19. Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM?

Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.