MAKLUMAT HARI PENDAFTARAN

SESI 2020/2021
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TATACARA PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI PELAJAR SEMASA HARI PENDAFTARAN

PELAJAR LELAKI

  1. Pakaian - Pelajar lelaki diwajibkan berpakaian kemas dan sopan iaitu berbaju kemeja plain, berlengan panjang, bertali leher dan berseluar 'slack' berwarna gelap (hitam/blue black/coklat gelap)
  2. Tali pinggang tidak melebihi 3cm lebar. Manakala kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan.
  3. Berkasut warna gelap (kulit/PVC).
  4. Rambut tidak melebihi paras kolar, diurus dengan rapi dan kemas, tidak diwarnakan, sesuai dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi.
  5. Wajib memakai pelitup muka dan hidung (mask).  

PELAJAR PEREMPUAN

  1. Pakaian - Pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai baju kurung. Pastikan juga baju tidak jarang  (Jubah/dress/niqab tidak dibenarkan).
  2. Pelajar perempuan bukan Islam, dikehendaki memakai pakaian yang sopan seperti baju kurung.
  3. Bagi yang tidak bertudung, pastikan rambut diikat rapi dan kemas. Rambut tidak boleh diwarnakan.
  4. Berkasut tutup (kulit/PVC) bewarna gelap.
  5. Wajib memakai pelitup muka dan hidung (mask).  

PENDAFTARAN DALAM TALIAN 

register.kmj.matrik.edu.my/online

 

MAKLUMAT BERKAITAN PENDAFTARAN 

SEBELUM HARI PENDAFTARAN
       
1. Sila bawa bersama dokumen: 
   a.  

Borang MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR yang mengandungi :
i.   Dokumen Peribadi Pelajar (BMKPM/02/03)

ii.  Maklumat Pelajar (BMKPM/02-Pin 3)

iii.  Borang AKUAN PERSETUJUAN IBUBAPA/PENJAGA & KESIHATAN PELAJAR (BMKPM/02/01-Pin.3)

iv. Borang PENGAKUAN BEBAS PENYALAHGUNAAN DADAH (BMKPM/02/02)

   b.    PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPM/BM.1/99-Pin-3)
   c.   Dokumen PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN PELAJAR
MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPM/BM.1/99-Pin-3
yang lengkap diisi dalam dua (2) salinan dan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua
(2) keping.
   d.     Satu (1) salinan fotokopi Keputusan SPM 2019
   e.   Buka akaun perseorangan Bank Rakyat berserta Kad ATM Bank Rakyat.
- Sekiranya sudah memiliki Kad Akaun dan Kad ATM, sila pastikan akaun masih aktif, Lengkapkan Lampiran 1.
   f.   Satu (1) salinan fotokopi penyata Akaun Bank Rakyat (yang tertera No. Akaun)
   g.   Slip e-Pendaftaran Pelajar semasa pendaftaran
   h.   Cetak dan lengkapkan borang pengisytiharan kesihatan (borang) untuk pelajar, serahkan semasa di pintu masuk kolej. terkini
       
SEMASA PENDAFTARAN  terkini
       
1. SOP MAJLIS KESELAMATAN NEGARA    terkini
  a.   Pakai pelitup muka dan hidung (face mask)
  b.   Membuat saringan kesihatan 
     

i.   Mengisi maklumat dalam 'my sejahtera' (sila klik)  atau scan di sini   

    QR code saringan ksihatan     

      ii.  Periksa suhu badan
       
       
       
SELEPAS  PENDAFTARAN
1.     Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kolej.
2.     Kebenaran keluar hanya dibenarkan untuk kes-kes kecemasan, kesihatan (surat doktor) dan urusan mahkamah.  
3.     Sila rujuk HEP pada waktu pejabat dan felo blok kediaman (asrama) di luar waktu pejabat.