PETIKAN DARI BUKU PERATURAN PROGRAM PELAJAR MATRIKULASI 

 

PERKARA 7:        Pakaian dan Penampilan Diri (Akta 174: Kaedah 6)

  • Semua pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata serta memakai kasut bertutup bersesuaian dengan majlis semasa menghadiri aktiviti rasmi kolej.
  • Semua pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata serta memakai kasut bertutup semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali, peperiksaan dan Perpustakaan.
  • Pelajar wajib memakai kot makmal/ baju bengkel, kasut bertutup dan pelindung mata (sekiranya perlu) sepanjang sesi amali/ bengkel.
  • Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum pelajar dikehendaki memakai:
  • pakaian seragam yang ditetapkan bagi unit beruniform; dan
  • seluar trek dan baju ‘T’ kolej atau pakaian yang ditetapkan oleh pihak kolej bagi aktiviti sukan dan permainan atau kelab dan persatuan.
  • Pelajar hendaklah berpakaian sesuai dan tertakluk kepada PERKARA 7.1 dan 7.2 serta mempamerkan kad matrik semasa mengikuti lawatan rasmi.
  • Pakaian semasa keluar kolej (outing).
  • pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata; atau
  • pelajar hendaklah membawa kad matrik sepanjang berada di luar kawasan kolej. 

 

  penampilan 1    penampilan 2