PETIKAN DARI BUKU PERATURAN PROGRAM PELAJAR MATRIKULASI 

 PERKARA 7: Pakaian dan Penampilan Diri (Akta 174: Kaedah 6)

7.1 Semua pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata sertamemakai kasut bertutup bersesuaian dengan majlis semasa menghadiri aktiviti rasmi kolej.

7.2 Semua pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata serta memakai kasut bertutup semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali, peperiksaan dan Perpustakaan.

7.3 Pelajar wajib memakai kot makmal/ baju bengkel, kasut bertutup dan pelindung mata (sekiranya perlu) sepanjang sesi amali/ bengkel.

7.4 Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum pelajar dikehendaki memakai:

(a) pakaian seragam yang ditetapkan bagi unit beruniform; atau

(b) seluar trek dan baju ‘T’ kolej atau pakaian yang ditetapkan oleh pihak kolej bagi aktiviti sukan dan permainan atau kelab dan persatuan.

7.5 Pelajar hendaklah berpakaian sesuai dan tertakluk kepada PERKARA 7.1 dan 7.2 serta mempamerkan kad matrik semasa mengikuti lawatan rasmi.

7.6 Pakaian semasa keluar kolej (outing).

(a) pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata; dan

(b) pelajar hendaklah membawa kad matrik sepanjang berada di luar kawasan kolej.

   

       PAKAIAN 1        
 PAKAIAN 2  
PAKAIAN 3