Program KMJ Prihatin ini merupakan program yang dirancang serta melibatkan kedua-dua organisasi pelajar tersebut selain penglibatan dari jabatan kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan Bekoh, Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional dan komuniti setempat iaitu komuniti Orang Asli Tanah Gembur, Bekoh. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lebih mengenali suku kaum dan adat resam Orang Asli di samping membantu komuniti Orang Asli ini dari segi keperluan harian, akademik dan lain-lain. Ini adalah penting kerana kumpulan pelajar yang terlibat akan menjadi golongan profesional suatu hari nanti, dan diharapkan melalui program seperti ini akan dapat memupuk keprihatinan serta kepekaan mereka terhadap masalah dan keperluan rakyat khususnya dari golongan luar bandar.

Joomla3 Appliance - Powered by TurnKey Linux