Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2019 (KAKOM) telah berlangsung di Kolej Matrikulasi Perlis pada 12- 14 Julai 2019 dengan gemilangnya. Kolej Matrikulasi Johor juga turut tidak ketinggalan menyertainya dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh para atlet. Dari semangat itulah, maka Kolej Matrikulasi Johor tidak pulang dengan tangan kosong. Kolej Matrikulasi Johor telah berjaya merangkul 2 emas iaitu bagi kategori squash (L) dan badminton bergu (L). Manakala keputusan keseluruhan, KMJ mendapat tempat ke-4 dari 17 buah kolej yang bertanding. Tahniah diucapkan.