Bengkel tersebut telah dilaksanakan di empat lokasi yang berbeza iaitu di DKB1, DKB2, DKK3 dan di DKK4 bermula pukul 9.00 malam dan tamat pada 11.00 malam. Seramai empat orang pensyarah Unit Pengajian Am Matrikulasi telah menyampaikan ceramah dengan pendekatan secara teori dan praktikal. Puan Nurul Hikmah binti Amir telah menyampaikan ceramah bertajuk Teknik Pengacaraan Terbaik, Puan Nurenin Arbain dengan tajuk ceramah Etiket di Meja Makan, Encik Paramesparan A/L Muniandi dengan tajuk Pengucapan Awam dan Encik Rohaizad bin Mohd Zain dengan tajuk ceramah Protokol dan Majlis Rasmi. Bengkel ini membantu memberikan impak yang positif dalam kalangan pelajar dan akan menjadi salah satu aktiviti tahunan unit pada setiap sesi akan datang.
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |