PROGRAM JELAJAH SAINTIS MUDA 

Satu program jalinan di antara Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat yang diketuai oleh Puan Nor Irdawaty Binti Alias selaku penyelaras program Jelajah Saintis Muda telah dijalankan pada 19 September 2019, bertempat di Kolej Matrikulasi Johor. Seramai 44 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di sekolah tersebut telah hadir untuk mengikuti program Jelajah Saintis Muda ini yang berlangsung bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Program jalinan kerjasama antara dua institusi pendidikan ini dijalankan bagi memupuk minat para pelajar sekolah ini terhadap matapelajaran kimia disamping dapat memperkenalkan kepada mereka keseronokan sistem pembelajaran dan pengajaran di peringkat matrikulasi melalui aktiviti penjelajahan. Aktiviti penjelahan ini merangkumi stesen - stesen pembelajaran kecil yang melibatkan 8 orbit (8 topik kimia) di peringkat matrikulasi yang telah disuai padankan mengikut tahap pemahaman konsep kimia pelajar di tingkatan empat. Setiap orbit pembelajaran adalah di bawah pengawasan dan bimbingan para pensyarah Kimia di Kolej Matrikulasi Johor itu sendiri bersama dengan sukarelawan dari Kelab Kimia Kolej Matrikulasi Johor. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Yusuf Bin Samad iaitu Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, dengan diiringi oleh Tuan Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, En. Muhamad Fariq Bin Che Mee dan Ketua Jabatan Sains, En. Nor Mazlan Bin Asrar. Program ini telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan dari pengetua sekolah SMK Tun Mamat, guru - guru pengiring, barisan kepimpinan Kolej Matrikulasi Johor serta para pelajar yang terlibat itu sendiri. Pengarah Kolej Matrikulasi Johor berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan dan diperluaskan lagi di masa akan datang. Tahniah kepada barisan pensyarah unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor bersama dengan ahli kelab kimia diatas kejayaan menganjurkan program Jelajah Saintis Muda ini! Syabas!

                                                      WhatsApp Image 2019 10 15 at 4.07.50 PM 1
WhatsApp Image 2019 10 15 at 4.07.51 PM 2 WhatsApp Image 2019 10 15 at 4.07.51 PM 3
   WhatsApp Image 2019 10 15 at 4.07.50 PM     WhatsApp Image 2019 10 15 at 4.07.50 PM 2   
 WhatsApp Image 2019 10 15 at 4.07.49 PM  WhatsApp Image 2019 09 19 at 2.17.53 PM