Pada 20 – 22 Ogos 2020 akan diadakan beberapa program peningkatan kemahiran insaniah anjuran unit Pengajian Am Kolej Matrikulasi Johor. Program ini bertujuan mengasah bakat pelajar KMJ dalam kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan dalam mengupas isu semasa selain mengembalikan keindahan pantun dan sajak sempena Bulan kemerdekaan. Pertandingan ini telah menggunakan platform Google site, Google Meet, Instagram, Tik tok, facebook dan Telegram dalam berhubung dengan peserta dan memuat naik hasil pelajar. Program ini juga mencari bakat pengacaraan dalam kalangan pelajar untuk menjadi pengacara majlis bagi aktiviti KMJ. Pelajar yang berpotensi dalam pertandingan debat dan sajak akan terpilih mengikut Pertandingan Pidato dan Sayembara peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Begitu juga dengan peserta yang mempunyai bakat dalam pantun akan mengikuti Pertandingan Pantun peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada bulan September nanti. Semoga program ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dan seterusnya menjadi pemangkin kemenjadian pelajar Matrikulasi.

 

Link Aktiviti Bulan Kebangsaan 2020 : https://anyflip.com/trqhm/vdkj/

debat web   pantun web
     
sajak web   siarawan web