Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi pelajar namun masih belum memberangsangkan. Oleh itu, penyelidik telah merancang Revised Lesson Plan untuk kelas MD3 sebagai penambahbaikan terhadap ujian pra dan pos dengan menggunakan Quizzes dan permainan PowerPoint Makro yang lebih interaktif. Keputusan ujian pos Revised Lesson Plan menunjukkan prestasi yang baik dengan 60% pelajar telah berjaya mendapat markah melebihi 80. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar lebih berminat dengan sesi pembelajaran yang melibatkan permainan komputer berbanding Anyflip. Oleh itu, Revised Lesson Plan ialah rancangan pengajaran terbaik bagi pembetulan keselanjaran kerana dapat meningkatkan prestasi pelajar.  


  LIM 2

Seminar/ Pertandingan/ Kolokium/ Teaching:

Kolokium Profesional Learning Community BMKPM Tahun 2020

  Nama kumpulan : A MATH ZING 

Tarikh pertandingan : 21 & 22 November 2020

Penganjur : Kolej Matrikulasi Kelantan 

Nama Projek (tajuk kajian) :

Pendekatan Flipped Classroom Dalam Tajuk Trapezoidal Rule

    Pencapaian/ Anugerah :  Anugerah Gangsa

Lesson Study ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran topik Trapezoidal Rule menggunakan pendekatan Flipped Classroom. Berdasarkan temubual pelajar, masing-masing menyatakan rasa puas belajar, seronok belajar, seronok mendapat banyak maklumat dan berkeyakinan untuk bercakap dalam perbincangan kelas. Seramai 41 orang pelajar Program Dua Semester (SDS) di Kolej Matrikulasi Johor terlibat dengan kajian ini. Perancangan tindakan berfokus kepada penggunaan pendekatan Flipped Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menyuntik budaya aktif bersaing serta dapat merangsang pelajar berfikir lebih kreatif. Lesson Plan 1 telah dirancang untuk 50 minit sesi pembelajaran bagi kelas MT19. Antara bahan yang disediakan dalam perancangan pertama ini adalah video klip, ‘Watch + Summarize + Question’ worksheet, aktiviti kumpulan dan penilaian talian dengan Quizziz. Keputusan aktiviti kumpulan dan Quizzizz menunjukkan prestasi pelajar yang baik namun masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Oleh itu, penyelidik telah merancang Revised Lesson Plan untuk kelas MS30 sebagai penambahbaikan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa keputusan aktiviti kumpulan dan Quizizz lebih memberangsangkan dan suasana pembelajaran adalah lebih seronok. Oleh itu, Revised Lesson Plan ialah rancangan pengajaran terbaik bagi subtopik Trapezoidal Rule kerana dapat membantu pelajar menguasai kemahiran dan meningkatkan prestasinya. Ini membuktikan pengajaran menggunakan pendekatan Flipped Classroom ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Maka guru perlu diberi pendedahan secara intensif penggunaan pendekatan Flipped Classroom selaras dengan keperluan menjayakan pembelajaran dalam abad ke-21.