HARI INOVASI KMJ 2021 1MAJLIS PENUTUPAN HiKMJ2021

Bagi membendung penularan virus Covid-19, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkasakan pengajaran dan pembelajaran (PdPC) berlangsung secara maya. Pensyarah perlu menyediakan bahan pengajaran dan mampu di akses oleh pelajar bukan secara fizikal. Pelbagai usaha yang telah dipertengahkan oleh pensyarah bagi memastikan kelangsungan PdPC berjalan secara optimum dan efektif. Hasil kreatif dan inovatif para pensyarah ini perlu disebarluaskan melalui pertandingan inovasi. Maka, Jawatankuasa Inovasi dan Jawatankuasa Digital Classroom berganding bahu menjayakan Hari Inovasi KMJ bagi membolehkan para pensyarah berkongsi idea inovasi mereka kepada seluruh warga KMJ. Hari Inovasi ini dilihat sebagai salah satu wadah bagi menonjolkan kecemerlangan warga matrikulasi dalam arena inovasi dan kreativiti.

Hari Inovasi KMJ akan diadakan secara dua siri, dimana dalam siri 1 peserta hanya berkongsi idea inovasi ataupun berkongsi produk inovasi mereka. Matlamat utama siri 1 diadakan adalah untuk mencungkil idea inovasi dan menggalakan penyertaan dari warga KMJ. Semasa penilaian siri 1, idea ataupun produk inovasi peserta akan dinilai oleh panel dan segala maklumbalas dari siri ini membolehkan peserta menambah baik idea ataupun produk inovasi mereka. Bagi siri 2 pula, peserta akan menyediakan e-poster beserta video atau slide presentation bagi produk inovasi mereka. Beberapa produk inovasi yang terbaik akan dipilih untuk menyertai konvensyen inovasi peringkat BMKPM.

 Telegram Support Group : https://t.me/joinchat/IikXdb0hOBebXzXB

Borang Pendaftaran : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfjFrRn0YNYWPC5YDSJ-_qjXj4rfDUgFtkngVQduLp1ipXVEA/viewform

Template E-Poster : https://drive.google.com/file/d/10D7_TEddJkTPZtorJ90lOnxBH0MGazzP/view?usp=sharing

Tarikh Tutup Penyertaan : 16 April 2021

https://youtu.be/mSOREt-UGyU