hebahanAnm1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Untuk makluman, SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL) telah boleh diakses semula menerusi https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx dengan ciri keselamatan baharu berikut :
 
1. Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem.
2. Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan.
3. Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.
4. Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan.
5. Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat.
6. Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
7. ePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini dijangka boleh digunakan bermula Disember 2022.
 
Bersama-sama ini dipanjangkan slide Penambahbaikan Sistem ePenyata Gaji & Laporan (eSPGL) untuk rujukan semua pegawai di bawah seliaan PTJ tuan/puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih
 
Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Johor