PRD 2022 majlis penutupan

 

Tanggal 30 Oktober 2022 hingga 2 Oktober 2022 Kolej Matrikulasi Johor akan menjadi tuan rumah bagi Kursus Kepemimpinan Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Warga Kolej Matrikulasi Johor mengalu-alukan kehadiran semua peserta kursus daripada kolej-kolej Matrikulasi dan kolej-kolej MARA seluruh Malaysia.

Semoga kursus ini akan menghasilkan pelajar PRD yang mampu mengurus diri, emosi, personaliti seterusnya mampu mempraktikkan ciri-ciri kepemimpinan dan komunikasi berkesan dalam organisasi.

Selamat datang ke wilayah Harimau Selatan. Semoga kursus ini memberi manfaat yang berpanjangan dan mengikat ukhwah sesama peserta.