SHARING SESSION WITH ALUMNI KMJ
SESI PERKONGSIAN TUAN PENGARAH BERSAMA DR. SITI RAHAYU BT ABDUL SAMAD (ALUMNI
FB: https://fb.watch/2uk-9f59Jj/
PENCAPAIAN CEMERLANG KIK / INOVASI KMJ (5) 2020
Seminar/ Pertandingan/ Kolokium/ Teaching:
Kolokium Profesional Learning Community BMKPM Tahun 2020
Nama kumpulan : PLC MATH
Tarikh pertandingan : 21 & 22 November 2020
Penganjur : Kolej Matrikulasi Kelantan
Nama Projek (tajuk kajian) : E- Pembelajaran ViMoGa Gigi Palsu
Pencapaian/ Anugerah : Anugerah Perak
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan rancangan pengajaran harian terbaik bagi kursus Matematik untuk suptopik pembetulan keselanjaran. Seramai 41 orang pelajar Program Dua Semester (SDS) Kolej Matrikulasi Johor terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada pendekatan ViMoGa Gigi Palsu yang terdiri daripada komponen video(Vi), model(Mo),Games(Ga) dan E-Assessment. Tinjauan awal masalah dijalankan melalui semakan tutorial pelajar, Laporan Kerja Calon dan temu bual dengan pelajar. Hasil tinjauan awal menunjukkan majoriti pelajar tidak mahir membuat pembetulan keselanjaran, 50% tersalah pilih formula semasa membuat pembetulan keselanjaran dan 40% lagi tidak membuat pembetulan keselanjaran bagi soalan penghampiran taburan normal. Lesson Plan 1 telah dirancang untuk kelas MT16. Bahan yang disediakan dalam Lesson Plan 1 adalah video, ujian pra dan ujian pos serta aktiviti kumpulan yang menggunakan Anyflip.
PENCAPAIAN CEMERLANG KIK / INOVASI KMJ (4) 2020
Seminar/ Pertandingan/ Kolokium/ Teaching: Karnival Inovasi @UMT 2020
Nama kumpulan : Nicers
Tarikh pertandingan : 30 November 2020
Penganjur : Universiti Malaysia Terengganu
Nama Projek (tajuk kajian) : CHEMBOT: Masteri Kit e-pembelajaran untuk subtopik Reaktan Pengehad
Pencapaian/ Anugerah : Gold award
Chembot ialah satu masteri kit pembelajaran yang digunapakai oleh para pelajar di atas talian. Masteri Kit ini, menggabungjalinkan pelbagai penggunaan aplikasi digital dalam Pendidikan seperti Quizziz, google classroom, dan juga aplikasi social yang dapat dijadikan medium sebagai alat bantu mengajar seperti youtube, dan google meet. Disebabkan subtopik reaktan pengehad merupakan antara subtopik yang terawal diajar dalam silibus Kimia satu tahun dan dua tahun di Kolej Matrikulasi. Masteri Kit siri pertama telah dibangunkan bagi digunapakai bagi subtopik ini.
PENCAPAIAN CEMERLANG KIK / INOVASI KMJ (3) 2020
Seminar/ Pertandingan/ Kolokium/ Teaching: #mydigitalmaker Teen Tech Prize 2020
Nama kumpulan : IOPT
Tarikh pertandingan : minggu 2 Disember 2020
Penganjur : MDEC
Nama Projek (tajuk kajian) : Pyto
Pencapaian/ Anugerah : award
Dalam kertas kajian ini, peluang yang berpotensi untuk mengisi jurang antara penyelidikan dan pelaksanaan sistem aquaponik komersial telah dikenalpasti. Analisis menunjukkan bahawa aquaponik mampu menjadi pemacu penting bagi pembangunan sistem pengeluaran makanan bersepadu. Kawasan yang mengalami tekanan air akan mendapat manfaat daripada teknologi ini yang beroperasi dalam persekitaran komersial. Jadi, projek yang kami bina adalah berkaitan dengan aquaponik. Kami menamakan projek ini sebagai Pyto, kesinambungan daripada projek sebelum ini iaitu SMART AQUAPONICS 2.0 dan 1.0. Pyto berfungsi untuk memudahkan kerja para petani atau golongan yang gemar bercucuk tanam yang kebiasaannya mempunyai masalah seperti, kekurangan ilmu dalam bercucuk tanam secara aquaponik, gangguan serangga perosak menyerang tanaman mereka serta kesuntukan atau kekurangan masa yang menyebabkan tanaman mereka tidak dapat dijaga dengan rapi . Antara impak kurangnya ilmu atau kemahiran dalam bercucuk tanam secara aquaponik ini adalah hayat tumbuhan atau tanaman dan ikan belaan akan menjadi singkat. Selain itu, antara kesan bagi masalah lain seperti serangan serangga perosak terhadap tanaman adalah pertumbuhan pokok akan terbantut, tumbuhan akan layu, dan juga tumbuhan akan mati.