PROSES DAFTAR KELUAR PELAJAR SESI 2019/2020
PROSES DAFTAR KELUAR PELAJAR SESI 2019/2020 SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
- Proses Daftar Keluar Pelajar Sesi 2019/2020 ialah proses di mana para pelajar sesi ini hadir semula ke kolej untuk mengemas barangan peribadi dan memulangkan kunci bilik mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pelajar juga dikehendaki menguruskan pemulangan buku yang dipinjam dari Pusat Sumber dan pengambilan parcel peribadi yang diurus oleh koperasi (jika ada).
- Sehubungan itu, saudara/saudari dibenarkan masuk ke kawasan kolej untuk berurusan dengan mengambil kira SOP Covid 19 yang sedang berkuatkuasa seperti memakai pelitup muka dan hidung, menjaga penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitizer sebelum dan selepas urusan Proses Daftar Keluar Pelajar.
- Saudari / saudari dikehendaki mematuhi Jadual Penggiliran Proses Daftar Keluar Pelajar seperti lampiran. Sebarang masalah atau pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 0127240458 (En. Zin Akmal bin Mohd Halid) atau 0123141277 (Pn. Nurul Hadiyati binti Yunus).
- Muat turun memo dan carta alir Proses Daftar Keluar Pelajar Sesi 2019/2020
INFO PROGRAM MATRIKULASI
INFO PROGRAM MATRIKULASI

Bagi pelajar yang telah mengesahkan tawaran dan belum mencetak surat tawaran serta memuat turun dokumen. Sistem akan dibuka pada 22 Jun 2020 untuk semakan semula.
Hebahan keputusan rayuan kemasukan boleh disemak di http://upu.moe.gov.my. Bagi calon jaya, surat tawaran rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi wajib dicetak, dimuat turun dan disahkan setuju terima pada pada 22 hingga 26 Jun 2020.
MUDAHNYA MATRIKULASI
MUDAHNYA MATRIKULASI
Mudahnya Matrikulasi: Jom dengar adik-adik bakal pelajar Matrikulasi 



KURSUS ONLINE
KURSUS ONLINE

Assalam semua & salam sejahtera,
Minggu ini bermulalah kursus pendek kepada semua pensyarah Matrikulasi bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan google classroom.
Untuk makluman semua rakan pensyarah, kursus ini telah didaftarkan dalam splkpm. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dalam menyertai kursus ini.
Bahagian Matrikulasi akan terus komited dalam membantu meningkatkan kemahiran penggunaan platform digital dalam kalangan pensyarah Matrikulasi bagi persediaan menguruskan PdP dalam norma baharu.
Sama-sama kita menjadikan Program Matrikulasi Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 
