'BIOMODEL EXHIBITION & BRAIN GAMES' 2019
Pada 29 Ogos 2019, Unit Biologi telah menganjurkan 'Biomodel Exhibition & Brain Games' di bawah tanggungjawab Pn. Rahimah binti Rahmat sebagai penyelaras program. Kumpulan sasaran program ini terdiri daripada pelajar S2S dan S4S Modul satu dan Modul Tiga.
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Biologi melalui penggunaan model pembelajaran interaktif yang telah dihasilkan oleh para peserta pertandingan. Mereka juga telah mendemonstrasikan model tersebut kepada para pengunjung dan pihak pengurusan. Selain itu para pelajar yang hadir dapat melibatkan diri dalam permainan santai bagi mengukuhkn pemahaman dalam subjek Biologi melalui altiviti hands on dan minds on.
KAYUHAN MERDEKA & SEMANGAT KEMERDEKAAN 2019 DI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
'SAYANGI MALAYSIAKU'
Read more: AKTIVITI KEMERDEKAAN 2019 DI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN & PERTANDINGAN ILUSTRASI KEMERDEKAAN 2019
Read more: PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN MERDEKA DAN PERTANDINGAN ILUSTRASI KEMERDEKAAN 2019
ROBOTRIX 2019
ROBOTRIX 2019 yang diadakan di Kolej Matrikulasi Labuan telah berjaya membawa satu lagi hasil tuaian bagi peserta dari Kolej Matrikulasi Johor. Kumpulan pelajar pertandingan inovasi ini di bawah bimbingan pensyarah Sains Komputer, Cik Nordianah bt Hai Hom telah berjaya merangkul johan bagi pertandingan robotik tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga Kolej Matrikulasi Johor. Tahniah!!! sila klik di sini.