PROGRAM MATRIKULASI SAINS

Struktur Program Matrikulasi KPM Sistem Empat Semester (S4S)

Konsep Umum
Program Matrikulasi KPM Sistem Empat Semester (S4S) merupakan program persediaan untuk melayakkan pelajar mengikuti kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional di UA dalam dan luar negara. Reka bentuk kurikulum Program Matrikulasi mengambil kira pengetahuan asas pelajar dan keperluan bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama.

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada aspek akademik dan bukan akademik yang bertujuan menyediakan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.
Struktur pengajian menggunakan sistem semester (4 semester) dan tempoh pengajian adalah selama dua tahun. Pelajar ditempatkan di kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian bagi mengoptimumkan masa pembelajaran.

Mulai Sesi 2018/2019, Bahagian Matrikulasi akan melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education, OBE) sebagai persediaan ke arah pengakreditan Program Matrikulasi KPM oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). OBE merupakan suatu proses akademik dan pendekatan dalam membangunkan jangkaan berfokuskan keberhasilan seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada pelajar yang perlu dicapai sebelum bergraduat.

Pelaksanaan Program
Tempoh pengajian setiap semester adalah 18 minggu (sila rujuk Kalendar Akademik). Pelajar perlu mendaftar untuk semua kursus yang diambil pada setiap semester. Pakej kursus yang perlu diambil bagi melengkapkan pengajian merangkumi kursus pengkhususan dan kursus wajib.

Sistem Semester
Rasional
Bahagian Matrikulasi KPM melaksanakan sistem semester selaras dengan amalan kebanyakan UA dalam dan luar negara. Rasional pelaksanaan sistem semester adalah:

  • Menyediakan pendidikan yang lebih kompetitif kepada pelajar.
  • Memberi ruang yang lebih luas kepada kolej untuk melaksanakan sistem penilaian prestasi dan menilai kemajuan akademik pelajar yang lebih sesuai dan berkesan.

Ciri-ciri Utama

  • Pembelajaran dilaksanakan secara kuliah, tutoran dan amali.
  • Penilaian pelajar berdasarkan kepada Penilaian Berterusan (PB) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Prestasi dan kedudukan akademik pelajar berdasarkan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di akhir setiap semester.
  • Setiap pelajar perlu mengikuti kursus wajib. Gred yang diperoleh tidak dikira dalam PNGS dan PNGK. Walau bagaimanapun, keputusan dicatat dalam transkrip pelajar.

 

Pakej Kursus

Kursus Pengkhususan Jurusan Sains (Modul I)
Mathematics 1 & 2
Chemistry 1 & 2
Physics 1 & 2
Biology 1 & 2

Kursus Pengkhususan Jurusan Sains (Modul II)
Mathematics 1 & 2
Chemistry 1 & 2
Physics 1 & 2
Computer Science 1 & 2

Kursus Pengkhususan Jurusan Sains (Modul III)
Mathematics 1 & 2
Chemistry 1 & 2
Biology 1 & 2
Computer Science 1 & 2

Kursus Wajib
English 1 & 2

STRUKTUR PDT MS

 

STRUKTUR PDT MD

 

STRUKTUR MT

 

Kelayakan Sijil Matrikulasi KPM
Pelajar layak menerima Sijil Matrikulasi KPM jika memenuhi syaratsyarat berikut:

  • berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM.
  • mengambil sekurang-kurangnya tiga kursus pengkhususan yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM.
  • keputusan diperolehi dalam satu peperiksaan sahaja.
  • menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.