PROGRAM MATRIKULASI SAINS

Program Matrikulasi KPM 

Konsep Umum
Program Matrikulasi KPM  merupakan program persediaan untuk melayakkan pelajar mengikuti kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional di UA dalam dan luar negara. Reka bentuk kurikulum Program Matrikulasi mengambil kira pengetahuan asas pelajar dan keperluan bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama.

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada aspek akademik dan bukan akademik yang bertujuan menyediakan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Struktur pengajian menggunakan sistem semester (2 semester) dan tempoh pengajian adalah selama satu tahun. Pelajar ditempatkan di kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian bagi mengoptimumkan masa pembelajaran.

Mulai Sesi 2018/2019, Bahagian Matrikulasi akan melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education, OBE). OBE merupakan suatu proses akademik dan pendekatan dalam membangunkan jangkaan berfokuskan keberhasilan seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada pelajar yang perlu dicapai sebelum bergraduan.

Pelaksanaan Program
Tempoh pengajian setiap semester adalah 18 minggu (sila rujuk Kalendar Akademik). Pelajar perlu mendaftar untuk semua kursus yang diambil pada setiap semester. Pakej kursus yang perlu diambil bagi melengkapkan pengajian merangkumi kursus pengkhususan dan kursus wajib.

Sistem Semester
Rasional
Bahagian Matrikulasi KPM melaksanakan sistem semester selaras dengan amalan kebanyakan UA dalam dan luar negara. Rasional pelaksanaan sistem semester adalah:

Ciri-ciri Utama

 KELAYAKAN SIJIL MATRIKULASI KPM

Pelajar layak menerima Sijil Matrikulasi KPM jika memenuhi syaratsyarat berikut:

JURUSAN YANG DITAWARKAN DI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 

Terdapat dua jurusan yang ditawarkan iaitu: 

Jurusan Sains menawarkan tiga(3) aliran iaitu Aliran Sains Hayat, Aliran Sains Fizikal dan Aliran Sains Komputer. Bagi Jurusan Perakaunan, hanya Aliran Perakaunan yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi Johor.   

 JOM MASUK MATRIK 7

 

KEISTIMEWAAN PROGRAM MATRIKULASI KPM 

Keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah:

a) Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh universiti terkemuka luar negara.

United Kingdom:

1. King’s College London

2. University College London

3. University of Bristol

4. University of Manchester

5. University of Birmingham

6. University of Nottingham

7. University of Sheffield

8. University of Surrey

9. University of Southampton

10. St. Mary’s University 

Australia:

1. Australian National University

2. University of Sydney

3. Monash University

4. University of Queensland

5. University of Melbourne

6. University of Adelaide

7. University of New South Wales

New Zealand:

1. University of Auckland

2. University of Canterbury

3. University of Otago

4. Victoria University of Wellington

5. Massey University

6. Lincoln University

7. Waikato University

8. Auckland University of Technology

*Pelajar perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.

 

b) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan.

c) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017).

d) Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja semasa mendaftar.

e) Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi.