program bio

 

Unit Biologi KMJ menganjurkan program BioModel Exhibition & Brain Games, yang terbuka kepada semua pelajar KMj yang mengambil kursus Biology 1 semester 1 sesi 2019/2020 ini. 

Program ini bermula daripada tugasan Semester 1 bagi pelajar S2S dan telah diperkembangkan menjadi satu pertandingan BioModel para pelajar kursus Biology 1 bagi  S2S dan S4S. Program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan biologi pelajar dan di samping dapat mencungkil bakat kreativiti pelajar dalam merekabentuk model untuk tujuan PdP yang lebih menarik, berpusatkan pelajar.

BioModel yang terpilih dipamerkan pada 29 Ogos 2019. Semua pelajar KMJ yang mengambil kursus Biology 1 telah dijemput hadir untuk sama-sama belajar sambil bersantai semasa program ini berjalan.

Selain daripada pameran BioModel, para pensyarah mengambil kesempatan ini untuk menyelitkan lebih banyak aktiviti Brain Games supaya para pelajar yang hadir juga dapat belajar atau mengulangkaji topik-topik lain selain daripada topik BioModel tersebut. Para pensyarah menyediakan 'booth' bagi semua topik kursus Biology 1. Pelajar dapat menyertai kuiz atau aktiviti yang disediakan, dan  apa yang lebih menarik, ada hadiah disediakan kepada semua peserta. Aktiviti Brain Games ini disediakan bertujuan untuk membantu memperkukuhkan lagi pengetahuan pelajar secara bersantai.

Hasil tinjauan pasukan soal selidik medapati bahawa program ini amat digemari pelajar malah pelajar meminta agar lebih banyak 'booth' disediakan untuk lebih ramai pelajar menyertai aktiviti yang disediakan.