Khamis,14 November 2019 telah berlangsungnya Program Larian Jejak Warisan KMJ 2019 yang dianjurkan oleh Unit Pengajian Am Kolej Matrikulasi Johor. Objektif program ini ialah untuk mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, menyemai semangat cintakan negara, mengetahui dan memahami khazanah dan warisan negara serta menerapkan teknik komunikasi yang berkesan. Seramai 210 orang pelajar telah terlibat secara langsung dalam program tersebut. Lima orang pensyarah Pengajian Am dengan dibantu oleh 60 orang sukarelawan telah mengurus lima check point yang menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan mengasah soft skills mereka. Peserta yang terlibat telah memberikan komen dan cadangan yang positif agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan agar warisan negara tetap terpelihara oleh generasi akan datang. Semua maklumat berkaitan program dan gambar sepanjang program telah dimuat naik ke laman instagram #larianjejakwarisan_kmj2019.

Montaj video Larian Jejak Warisan : https://youtu.be/98tNQk72BK8

 

7 12
 9  10
 15  14
 18  II