CERAPAN PLANET MUSYTARI

cerapan

Kelab Fizik dengan kerjasama Unit Fizik berjaya melaksana Program Cerapan Planet Musytari julung-julung kalinya. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan Istiqbal Planet Musytari Tahun 2022. Dalam Istiqbal kali ini, planet Musytari berada paling hampir dengan bumi semenjak tahun 1963. Aktiviti ini berjaya dilaksana dengan jayanya. Program ini terbuka kepada pelajar daripada Kelab Fizik dan juga pelajar yang berminat dengan aktiviti-aktiviti yang Kelab Fizik anjurkan.Selain itu terima kasih kepada Pengarah Kolej En Mohd Fariq bin Che Mee dan pihak pengurusan kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz Planet Musytari. Pengerusi Kelab Fizik, Tey Jie Yan berkata, aktiviti seumpama ini berguna untuk menarik minat pelajar dalam matapelajaran fizik. Penasihat Kelab Fizik En Muhammad Hatta dan En Yusri berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi sokongan kepada setiap aktiviti yang kelab laksanakan.