LAWATAN PENANDA ARAS & MEMBINA JARINGAN KE STUDIO C DAN ONE STOP CENTRE, INSTITUT AMINUDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS

IAB 45jpg

IAB 3

IAB 4


Pada 2 Februari 2023, seramai 29 orang pensyarah dan staf sokongan dari Kolej Matrikulasi Johor telah menyertai lawatan penanda aras ke Studio Digital Learning dan One Stop Center (OSC) bertempat di Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan Genting Highland, Pahang. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat kemudahan ICT atau digital yang digunapakai di IAB dalam proses pdp yang boleh dijadikan contoh untuk menambah baik dan meningkatkan kepelbagaian kemudahan ICT di KMJ. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Noor Haslinda Binti Harun, Ketua Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi IAB dan semua pensyarah IAB atas hospitaliti dan kerjasama dalam menjayakan lawatan ini. Diharapkan kemudahan ICT dan digital bagi pdp KMJ akan dapat terus ditambah baik seiring dengan meningkatkan kecemerlangan pelajar di Matrikulasi.