SOALAN LAZIM PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

 1   Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2021/2022? 
    Keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2021/2022 ialah pada 8 Julai 2021 (Khamis).
 2    Tarikh Pendaftaran Online Sesi 2021/2022
     12- 22 Julai 202

3   Rayuan
   

Sila layari www.moe.gov.my untuk maklumat terkini

4   Yuran Pendaftaran
   

yuran 2021

5   Pembayaran Yuran
   

Pembayaran hendaklah dibuat secara 'Bank In' di mana-mana cawangan Bank  Simpanan Nasional (BSN) di atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi Johor. Pastikan anda membawa Surat Tawaran ketika membuat pembayaran ATAU pembayaran melalui atas talian MyBSN.

Pelajar diwajibkan untuk membuat pembayaran sebelum Pendaftaran Online. 

6   Penangguhan Bayaran Yuran Pendaftaran 
   

Sekiranya pelajar TIDAK dapat membuat bayaran sebelum Pendaftaran Online, pelajar boleh berurusan dengan pihak Hal Ehwal Pelajar KMJ di talian berikut;

  1. En. Azman Bin Abdul Rahman – 0132082452
  2. En. Mohd. Fuad Bin Salihin – 0137657472
  3. Pn. Nurul Hadiyati Yunus – 0123141277
7   Bayaran MUET
    Yuran MUET sebanyak RM100 telah termasuk dalam jumlah Yuran Pendaftaran. Pihak kolej akan daftarkan ujian MUET pelajar. 
8   Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP)
    Jumlah elaun pelajar ialah RM1250.00 satu semester. Pembayaran BSHP akan diberi secara bulanan kepada pelajar yang layak sebanyak RM 250.00 sebulan.

9   Penangguhan Pendaftaran
    Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran.  Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej Matrikulasi yang anda ditempatkan, sehari sebelum tarikh pendaftaran. Maksimum penangguhan hanya 5 hari sahaja. Jika melebihi 5 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

10   Daftar awal
    Tidak boleh.

11   Pelajar sedang ikuti umrah / di luar Negara
    Dapatkan kebenaran daripada BMKPM berkenaan penangguhan dengan menyertakan bukti.

12   Permohonan pertukaran kolej
    Tidak dibenarkan. Hanya bagi kes seperti sakit yang memerlukan rawatan yang sangat kerap dan rapi serta adik beradik kembar sahaja boleh memohon. Permohonan boleh dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi, BMKPM.

13   Kolej-kolej Matrikulasi
   

Jumlah Kolej Matrikulasi    - 15
Jumlah Kolej Matrikulasi Teknikal – 3
Jumlah Kolej Mara – 2

Kolej Matrikulasi Melaka, Londang
Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah
Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas
Kolej Matrikulasi Perlis, Arau
Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak
Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang
Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
Kolej Matrikulasi Kelantan, Kok Lanas
Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian
Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang – Jurusan Perakaunan sahaja.
Kolej MARA Kulim, Kulim - Jurusan Sains sahaja.

14   Program yang ditawarkan
    a. Program Matrikulasi Sains
  1. Jurusan Sains Hayat 
  2. Jurusan Sains Fizikal 
  3. Jurusan Sains Komputer
  4. Jurusan Kejuruteraan
  5. Jurusan Perakaunan
  6. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)
b. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
i. Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

15   Jurusan yang ditawarkan di KMJ
    Jurusan Sains
  1. Jurusan Sains Hayat  : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi.
  2. Jurusan Sains Fizikal : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.
  3. Jurusan Sains Komputer : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer.
Jurusan Perakaunan
  1. Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik
16   Menukar jurusan
   

- Pertukaran dari jurusan Sains ke Perakaunan Program Matrikulasi  (dibenarkan)
- Pertukaran dari jurusan Perakaunan ke Sains. -(dibenarkan)

*Proses penukaran jurusan hanya dibuka semasa minggu pengurusan pelajar. Pelajar perlu memohon dengan mengisi google form yang akan diedarikan nanti selepas dimaklumkan senasa tajkunat MPPB.

17   Jurusan yang akan pelajar dapat?
    Jurusan yang ditawarkan kepada  pelajar  adalah berdasarkan keputusan SPM pelajar dan akan diketahui semasa pelajar menjalani Minggu Pengurusan Pelajar Baharu.

18   Berhenti daripada Matrikulasi
   

Pemberhentian dari Program Matrikulasi KPM disebabkan perkara berikut diberi pengecualian pembayaran penalti  Program Matrikulasi KPM:

  1. Pelajar mengikuti program ijazah pertama di luar Negara.
  2. Pelajar mengikuti program ijazah pertama kelolaan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau ijazah dalam Negara dengan tajaan JPA, MARA, agensi-agensi kerajaan dan korporat.
  4. Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah diluluskan sekali penangguhan dengan sokongan laporan perubatan hospital kerajaan/hospital pakar swasta sahaja.
  5. Sebab-sebab lain mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi.
  6. Panduan;
    - Sila hubungi Pegawai HEP, En. Mohd. Fuad Bin Salihin di talian 0137657472 untuk makluman.
    - Sila isi maklumat anda di https://forms.gle/tUk2sJssWMXmTZyT6 sebagai pengesahan.
    - Sila muat turun Borang Berhenti Pengajian (Borang HEP) dan pos kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Johor
19   Menangguhkan pengajian
    Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali kes kesihatan yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu  mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan pengajian hanya diberikan sekali sahaja dan hanya setelah mendapat kelulusan Pengarah Kolej Matrikulasi tempat mendaftar.
Borang Penangguhan (Borang HEP)

20   Tuntutan semula yuran sekiranya membatalkan pendaftaran
    Boleh, sila isi maklumat anda di https://forms.gle/tUk2sJssWMXmTZyT6 sebagai pengesahan. Anda perlu menyertakan dokumen berikut secara pos ke Bahagian Kewangan KMJ:
  1. Borang permohonan pemulangan yuran (Borang HEP)
  2. Salinan surat tawaran matrikulasi
  3. Salinan surat tawaran dari institusi lain
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Salinan no akaun PELAJAR
  6. Slip ASAL pembayaran yuran (BSN)
  7. terkini

tarik diri

21   Senarai semak Panduan Pendaftaran Pelajar
    Lampiran senarai semak pelajar boleh didapati/ di muat turun dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my
  1. Membuat pembayaran yuran di BSN dan membawa slip bayaran asal bersama.
  2. Gambar berukuran pasport (4 keping)
  3. Borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar yang lengkap (2 salinan asal)
  4. Setem HASIL bernilai RM10.00 (2 keping)
  5. Salinan sijil lahir pelajar
  6. Salinan kad pengenalan pelajar
  7. Salinan slip keputusan SPM
  8. Salinan sijil berhenti sekolah
  9. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  10. Salinan sijil lahir ibu dan ayah ( jika ada)
  11. Salinan surat tawaran kursus dari Bahagian Matrikulasi, KPM.
  12. Fotostat bahagian muka depan BUKU/KAD AKAUN BANK RAKYAT yang tertera nombor akaun dan ditampal di atas Borang maklumat akaun bank (Lampiran 1).
  13. Keperluan peribadi dan kesihatan.
  14. Pakaian ke kuliah/amali/tutoran.
  15. Wang saku yang mencukupi.
  16. Memuat turun aplikasi imbasan QR code di telefon pintar pelajar (untuk kegunaan sepanjang MPPB dan pembelajaran di KMJ) 
  17. Memuat turun aplikasi imbasan QR code di telefon pintar ibu / bapa / penjaga (untuk kegunaan soal selidik sewaktu pendaftaran)
22   Pakaian dan penampilan diri semasa di KMJ
    Lampiran pakaian pelajar semasa menghadiri kuliah dan kelas boleh didapati/ di muat turun dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my
Secara umum,
  1. Pakaian kuliah – formal
  2. Seluar jeans, “legging” dan “jegging”  – tidak dibenarkan
23   Pertukaran bilik
    Penempatan bilik ditentukan oleh sistem. Sebarang permohonan pertukaran bilik tidak akan dilayan kecuali kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sahaja.

24   Senarai hotel di Tangkak
    Lampiran senarai hotel di sekitar Tangkak boleh didapati/ di muat turun dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my