stress 3

APA ITU STRES?
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan

ADAKAH STRES SESUATU YANG BAHAYA?
Tidak

Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.
Bila stres berada di peringkat tinggi, seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres
Stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.
(Sila rujuk Graf Stres Hans Selve)

 pengurusan stres

BAGAIMANA SAYA TAHU, SAYA MENGALAMI STRES?

Fizikal

  1. Gementar
  2. Berpeluh
  3. Rasa seram sejuk
  4. Tangan dan kaki rasa sejuk
  5. Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
  6. Bernafas laju
  7. Kering mulut
  8. Kerap buang air kecil
  9. Kerap buang air besar
  10. Cirit birit
  11. Kurang selera makan
  12. Mudah dapat serangan penyakit:
         a. Asma
         b. Sakit belakang badan
         c. Masalah penghadaman
         d. Sakit kepala
         e. Gatal-gatal
  13. Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual
  14. Sakit-sakit badan
  15. Cepat letih

Psikologikal

  1. Kebimbangan
  2. Keliru dan kurang daya tumpuan
  3. Sukar kawalan diri
  4. Perubahan emosi:
         a. Tekanan perasaan
         b. Kekecewaan
         c. Mewujudkan permusuhan
         d. Rasa tak berdaya
         e. Kurang sabar dan cepat marah
         f. Lemah Semangat
  5. Susah nak tidur
  6. Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak

Gangguan Fikiran

  1. Sukar membuat keputusan
  2. Kurang minat terhadap aktiviti harian
  3. Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
  4. Pemikiran positif terganggu disebabkan
         a. Sering berfikiran negatif
         b. Kurang memberi perhatian
         c. Hilang keyakinan diri
         d. Hilang tumpuan
  5. Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah

Tingkah laku

  1. Bercakap dengan cepat dan kuat
  2. Menguap
  3. Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
  4. Perasaan yang negatif:
        - Mudah tersinggung
        - Terlalu bergantung kepada orang lain
        - Suka memberi komen dan kritik orang lain
        - Boleh bertindak ganas
        - Bertindak secara tidak logik
        - Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
  5. Kurang Kecekapan diri:
        - Mudah lupa
        - Selalu membuat kesilapan
        - Sering terlibat kemalangan
  6. Kurang produktiviti kerja
  7. Menindakkan keupayaan diri sendiri

PUNCA STRES

  1. Stres Ancaman (survival): Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
  2. Stres dalam diri sendiri: Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi.
  3. Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:

 

 stress meter 2

Stres Persekitaran Tempat Kerja Anda 

Stres disebabkan persekitaran :

  1. Ruang tempat kerja yang sempit
  2. Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
  3. Bising
  4. Kawasan yang kotor dan tidak selesa
  5. Pencemaran
  6. Pengurusan persekitaran yang tidak cekap

 

Stres Disebabkan Bahan Kimia Dan Pemakanan

  1. “Caffeine” boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa.
  2. Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi.
  3. Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

 

Stres Disebabkan Cara Hidup Dan Pekerjaan

Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:

  1. Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
  2. Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
  3. Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
  4. Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
  5. Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
  6. Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
  7. Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
  8. Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
  9. Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
  10. Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
  11. Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
           • Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
           • Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
           • Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
           • Tiada peluang kenaikan pangkat
           • Tiada jaminan pekerjaan
  12. Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
           • Tekanan dari pihak atasan
           • Campur tangan terhadap bidang tugas
           • Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
           • Gangguan terhadap perancangan kerja
           • Gangguan telefon
  13. Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
           • Masalah kewangan
           • Masalah hubungan dengan keluarga
           • Penyakit yang dialami
           • Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian

 

stress management3

 

KOMPLIKASI

Apakah Yang Akan Terjadi Sekiranya Saya Tidak Ambil Berat Masalah Stres Yang Dihadapi?

Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
         o Mudah keletihan dan cepat penat
         o Kekecewaan
         o Hilang semangat ( “burn out” )

 

PENCEGAHAN

Apa Perlu Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Stres?

  1. Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres.
  2. Anda perlu kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres.
  3. Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
  4. Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi selepas tiga minggu anda amalkan teknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan mereka.

 

Hasil tulisan : Dr. Mohd Nasir bin Abd Kadir
Laman website : http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-stres-2/