KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD) 
PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2017/2018 ZON SELATAN 
TARIKH : 22 – 24 SEPTEMBER 2017 
TEMPAT : KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (KMM)
 
Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Matrikulasi KPM dan dikelolakan oleh Unit Kaunseling & Kerjaya, Kolej Matrikulasi Melaka. Antara matlamat utama kursus ini diadakan adalah melengkapkan peserta dengan pengetahuan, asas kemahiran menolong dan membimbing supaya mereka dapat berfungsi sebagai pembimbing yang baik kepada rakan sebaya di kolej. Sebanyak 5 slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh barisan Kaunselor dari Zon Selatan telah dijalankan sepanjang 3 hari kursus tersebut. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM.  
 
kursusPRDKPM2017 1
 

Barisan Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) KMJ yang menyertai Kursus Kepemimpinan PRD Zon Selatan bergambar kenangan bersama Kaunselor pengiring 

 
 
kursusPRDKPM2017 3
 
kursusPRDKPM2017 4
 
kursusPRDKPM2017 5

 Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh barisan Kaunselor dari Kolej-kolej Matrikulasi Zon Selatan untuk para peserta

kursusPRDKPM2017 2

Bergambar kenangan di ruang Lobi Utama, Kolej Matrikulasi Melaka yang bertindak sebagai tuan rumah pada kursus kali ini