PENGENALAN PRD

PRD di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) merujuk kepada kumpulan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan kemahiran asas kaunseling. Ahli-ahli PRD berfungsi sebagai sahabat yang efektif kepada rakan-rakan di kolej terutama kepada mereka yang memerlukan sokongan dan pertolongan. PRD menggunakan kemahiran tolong bantu membantu rakan-rakan mereka menangani masalah dengan menjadi pendengar yang baik dan peka kepada perasaan orang lain dan ,mengambil berat serta mempamerkan keikhlasan apabila mereka memberikan bantuan.PRD memainkan peranan dalam meningkatkan interaksi dan psikososial rakan-rakan mereka di kolej ini.

KONSEP PROGRAM PEMBIMBING RAKAN DINAMIK

Di peringkat kolej matrikulasi,program PRD merupakan suatu program yang mengenalpasti sekumpulan pelajar yang dianggap sebagai aset penting untuk membantu pelajar lain,. Dalam ertikata yang lain PRD mengamalkan konsep membantu diri sendiri dan juga membantu orang lain terutama sekali rakan-rakan pelajar. Di samping itu, PRD juga berperanan sebagai jambatan (bridge) antara pelajar dan pegawai kaunseling kolej dan sentiasa bersedia untuk membantu mengembangkan serta menjayakan aktiviti unit kaunseling dan kerjaya sepanjang berada di kolej.

OBJEKTIF PRD