KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD) KMJ SESI 2017/2018
TARIKH : 28 JULAI 2017 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN SERI TANJUNG (DST)


Kursus ini merupakan anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KMJ. Objektif program ini adalah untuk membina pasukan PRD KMJ yang terlatih dalam memberi pertolongan kepada rakan-rakan,melatih ahli PRD beberapa kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan-rakan dan individu lain serta membina perkhidmatan sokongan kepada Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KMJ bagi memenuhi keperluan dan pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan menolong.

Barisan Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) Sesi 2017/2018 bergambar kenangan bersama barisan Kaunselor UKK KMJ selepas tamat kursus

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Kursus Asas Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) KMJ Sesi 2017/2018 adalah:

  1. Pengenalan PRD,
  2. Kemahiran Komunikasi,
  3. Perhubungan Interpersonal
  4. Penyelesaian Masalah

Kursus tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh barisan Kaunselor UKK KMJ dibantu oleh ahli - ahli PRD Sem 3 selaku fasilitator