PENGANUGERAHAN BINTANG PEMANTAUAN STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KPM 2017
TARIKH : 16 OKTOBER 2017 (ISNIN)
TEMPAT : PRIMULA BEACH RESORT, KUALA TERENGGANU
 
Pada 8 Jun 2017 (Khamis), satu pemantauan Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) KPM telah dijalankan ke atas Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KMJ. Panel pemantau terdiri dari kalangan pegawai BPsK KPM dan dibantu oleh Kaunselor Organisasi Daerah (KOD) PPD Ledang. Penilaian dibuat berdasarkan Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi dan Kaunseling (SKPBT) yang terdiri dari 6 Dimensi dan 15 Elemen. Sempena Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan, KPM 2017 satu majlis penganugerahan Bintang Pemantauan Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Kaunseling telah diadakan. Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KMJ telah dianugerahkan penarafan empat bintang bagi pemantauan tersebut. Moga kejayaan ini akan menjadi pemangkin bagi barisan Kaunselor UKK KMJ meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada warga kolej.

Penyampaian Anugerah Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM 2017
oleh YB Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II
Barisan Kaunselor Unit Kaunseling & Kerjaya (UKK) bergambar kenangan
bersama Puan Nor Haslida binti Tahir, Pengarah KMJ
Sijil penghargaan dan trofi Anugerah Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling 2017
yang dianugerahkan kepada Unit Kaunseling & Kerjaya (UKK), KMJ