PENGENALAN
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pemgurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi cemerlangan pelajar dan kolej.

MISI
Penuh rasa bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digemblingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.