Pengenalan

Kursus Ekonomi 1 & 2 merupakan salah satu kursus yang ditawarkan dalam Kursus Pengkhususan Jurusan Perakaunan Program Matrikulasi.

 

Rasional Kursus

Kursus ini terbahagi kepada Ekonomi 1 (AE015) pada semester 1 dan Ekonomi 2 (AE025) pada semester 2

Pada semester 1 pelajar diperkenalkan kepada konsep asas Mikroekonomi yang berkaitan dengan gelagat pengguna dan gelagat pengeluar. Aplikasi teori Mikroekonomi amat relevan dalam membuat keputusan ekonomi yang rasional

Pada semester 2 pelajar diperkenalkan kepada konsep asas Makroekonomi yang berkaitan dengan pembolehubah makroekonomi dan penentu kegiatan ekonomi . Aplikasi teori Makroekonomi amat relevan untuk menerangkan dab memahami perkembangan ekonomi semasa.

 

Hasil Pembelajaran Kursus

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :

  1. menerangkan konsep asas dan teori dalam Mikroekonomi dan Makroekonomi
  2. menganalisis konsep Mikroekonomi dan Makroekonomi menggunakan pendekatan jadual, persamaan dan rajah
  3. mencari dan mengurus maklumat semasa berkaitan dengan Mikroekonomi dan Makroekonomi daripada sumber yang relevan.