PENGENALAN UNIT PERAKAUNAN

Unit Perakaunan Kolej Matrikulasi Johor ditubuhkan pada tahun kolej mula beroperasi.  Unit Perakaunan menyokong Visi kolej iaitu Kolej Matrikulasi Johor penjana pelajar berkualiti ke Institusi pengajian tinggi dan Misi kolej iaitu beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah melalui pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

Unit Perakaunan diketuai oleh Encik Khairul Nizam bin Ismail selaku Ketua Unit, dibantu oleh Encik Azman bin Sahrom selaku Penolong Ketua Unit dan lima orang pensyarah yang sangat berpengalaman dari segi akademik dan pengajaran matrikulasi.

Pensyarah Unit Perakaunan berazam akan sentiasa memberi komitmen padu kepada pelanggan kami iaitu para pelajar jurusan perakaunan agar sentiasa cemerlang dalam akademik juga sahsiah.  Harapan kami, unit perakaunan akan sentiasa cemerlang dan mampu bersaing dalam kecemerlangan akademik para pelajar.