BUKU PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI PELAJAR KMJ

Pakaian semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali dan aktiviti rasmi kolej
Pelajar Lelaki

  • Pakaian - Pelajar lelaki diwajibkan berpakaian kemas dan sopan iaitu berbaju kemeja  ‘plain’ berlengan panjang, bertali leher dan berseluar 'slack'.
  • Tali pinggang tidak melebihi 3cm lebar dan kepala tali pinggang yang besar dan  berlambang tidak dibenarkan.
  • Berkasut (kulit/PVC).
  • Rambut tidak melebihi paras kolar, diurus dengan rapi dan kemas, tidak diwarnakan dan sesuai dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi.

DILARANG

  • Berseluar pendek
  • Berseluar jeans
  • Berkemeja ‘Hawaii’
  • Berbaju ‘T’
  • Sebarang jenis selipar atau sandal

penampilan 1 penampilan 2