Pakaian Dan Penampilan Diri Pelajar KMJ

Pakaian semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali dan aktiviti rasmi kolej

Pelajar Lelaki

  • Pakaian - Pelajar lelaki diwajibkan berpakaian kemas dan sopan iaitu berbaju kemeja ‘plain’ berlengan panjang, bertali leher dan berseluar 'slack'.
    Tali pinggang tidak melebihi 3cm lebar dan kepaka tali pinggang yang besar dan  berlambang tidak dibenarkan
  • Berkasut (kulit/PVC).
  • Rambut tidak melebihi paras kolar, diurus dengan rapi dan kemas, tidak diwarnakan, sesuai dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi.
  • DILARANG
      • Berseluar pendek
      • Berseluar jeans
      • Berkemeja ‘Hawaii’
      • Berbaju ‘T’
      • Sebarang jenis selipar atau sandal

 

Pelajar Perempuan

Pakaian - Pelajar perempuan diwajibkan berpakaian kemas dan sopan.

  • Berkasut (kulit/PVC).
  • Bertudung bagi pelajar Islam. Bagi mereka yang tidak bertudung sila pastikan rambut diikat rapi dan kemas.
  • Bagi pelajar perempuan bukan Muslim, dikehendaki memakai gaun/ kain/ skirt hingga ke buku lali. (Pelajar perempuan tidak digalakkan memakai seluar panjang).
  • DILARANG
    • Baju T, jeans , skirt pendek, baju tanpa lengan/singkat/ketat/jarang danSkirt pendek tidak dibenarkan sama sekali.
    • Mewarnakan rambut

 

Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum

  • Pakaian Unit Beruniform - pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam yang ditetapkan.
  • Pakaian Kelab dan Persatuan - pakaian pelajar adalah tertakluk kepada peraturan.
  • Pakaian sukan dan Permainan - memakai pakaian yang sesuai dengan jenis sukan atau permainan.
  • pelajar dikehendaki memakai seluar trek dan baju ‘T’.
Joomla25 Appliance - Powered by TurnKey Linux