Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) - Soalan Lazim

1. Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2015/2016 Program Satu tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)
  Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2015/2016 Program Satu tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) boleh dibuat mulai 13 April 2015  melalui:
  1. Dalam talian: melalui laman sesawang Bahagian Matrikulasi
  2. SMS: taip MOE<jarak>  MAT <jarak>  NO K/P dan hantar ke 15888
2. Tarikh Pendaftaran Sesi 20152016
  25 Mei 2015 ( ISNIN )
3. Waktu dan Pas Masuk Hari Pendaftaran
  Dua sesi pendaftaran :
  1. SESI 1 ( 8.00 pagi – 10.00 pagi) Pelajar LELAKI - muat turun dan dicetak di atas kertas warna putih
  2. SESI 2 (10.30 ptg – 4.00 ptg) Pelajar PEREMPUAN - muat turun dan dicetak di atas kertas warna merah jambu

Untuk pelajar PDT semester 3 (mengulang, menangguh, sakit), tarikh pendaftaran akan diumumkan.

Pas masuk boleh dicetak dari capaian Maklumat Hari Pendaftaran di laman web www.kmj.matrik.edu.my
* Sekiranya ibu bapa pelajar mempunyai masalah untuk mengikut sesi yang ditetapkan. Kelonggaran diberi untuk mendaftar pada sesi yang lain.

4. Rayuan
 

Rayuan boleh dilakukan menggunakan laman sesawang sahaja mulai 13 April hingga 24 April 2015.
Tarikh Pendaftaran Pelajar Rayuan pada 10 Jun 2015.

 

Semakan keputusan rayuan bermula pada 6Jun 2015 melalui:

  1. Talian telefon Pejabat
  2. Talian bantuan : 03  8884  4083/4040/4036  pada waktu Pejabat 8.30 pg – 4.30 ptg
  3. Melalui laman sesawang  Kementerian Pendidikan Malaysia  -  www.moe.gov.my
  4. SMS: taip MOE<jarak>  MAT <jarak>  NO K/P  dan hantar ke 15888
5. Yuran Pendaftaran Pengajian
 
  1. Sains (Program Satu Tahun) - RM 580.00
  2. Sains (Program Dua Tahun)RM 580.00
  3. Perakaunan (Program Satu Tahun) RM 530.00
  4. Program Dua Tahun  Sesi 2013/2015 (Pelajar PDT semester ketiga) RM 295.60
  5. Sains (Program Satu  Tahun – mengulang) RM 310.00
  6. Perakaunan (Program Satu  Tahun - mengulang) RM 310.00
6. Pembayaran Yuran
 

Pembayaran hendaklah dibuat secara 'Bank In' di mana-mana cawangan Bank  Simpanan Nasional (BSN) ke akaun nombor: 0110029000419952 di atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi Johor. Pastikan anda membawa bersama Surat Tawaran.

 

TIDAK DIBENARKAN MEMBAYAR YURAN PENDAFTARAN MELALUI ATAS TALIAN DAN DEPOSIT TUNAI (‘ONLINE/CASH DEPOSIT‘) HANYA BAYARAN MELALUI KAUNTER BSN SAHAJA DIBENARKAN.

 

Pelajar diwajibkan untuk membuat pembayaran sebelum mendaftar. Kaunter BSN ada disediakan untuk kemudahan pembayaran bermula jam 9 pagi di khemah urusetia.

7. Penangguhan Bayaran
  Sekiranya pelajar mempunyai masalah kewangan, pelajar boleh memohon bantuan atau penangguhan, berurusan dengan pihak Hal Ehwal Pelajar. Pelajar perlu hadir pada hari pendaftaran dan berhubung dengan pihak urusetia hari pendaftaran.
8. Bayaran MUET
  Yuran MUET sebanyak RM100 telah termasuk dalam jumlah yuran pengajian. Pelajar tidak perlu membuat pembayaran lain untuk mengambil MUET.
9. Elaun Pelajar
  Jumlah elaun pelajar ialah RM1250 satu semester . Pembayaran elauan akan diberi secara bulanan kepada pelajar sebayak RM 250 sebulan.
10. Menangguh pendaftaran
  Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran.  Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej Matrikulasi yang anda ditempatkan,  sehari sebelum tarikh pendaftaran. Maksimum penangguhan hanya 3 hari sahaja. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
11. Daftar awal
  Tidak boleh.
12. Pelajar sedang ikuti PLKN
  Pelajar tidak boleh tangguh pengajian. Pelajar perlu memohon menamatkan program PLKN daripada pihak pengurusan kem sebelum tarikh pendaftaran matrikulasi.
13. Pelajar sedang ikuti umrah / di luar negara
  Dapatkan kebenaran daripada BMKPM berkenaan penangguhan dengan menyertakan bukti.
14. Permohonan Pertukaran Kolej
  Tidak. Hanya bagi kes seperti sakit yang memerlukan rawatan yang sangat kerap dan rapi dan adik beradik kembar sahaja boleh memohon . Permohonan boleh dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi, BMKPM.
15. Kolej-kolej Matrikulasi
 

Jumlah Kolej Matrikulasi    - 11
Jumlah Kolej Matrikulasi Teknikal – 3
Jumlah Kolej Mara - 2
Kolej Matrikulasi Melaka, Londang
Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah
Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas
Kolej Matrikulasi Perlis, Arau
Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak
Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang
Kolej Matrikulasi Selangor, Banting

Kolej Matrikulasi Kelantan, Kok Lanas
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian
Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang – Jurusan Perakaunan sahaja.
Kolej MARA Kulim, Kulim - Jurusan Sains sahaja.

16. Program yang ditawarkan
 

Program Satu Tahun

  1. Dua semester (Pelajar Sains dan Perkaunan)

Program Dua Tahun

  1. Empat semester (Pelajar Sains sahaja)
17. Jurusan yang ditawarkan di KMJ
  Jurusan Sains
  1. Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi.
  2. Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.
  3. Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer.

Jurusan Perakaunan

  1. Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik
18. Menukar jurusan
 

Hanya dari jurusan Sains ke Perakaunan sahaja dibenarkan (PST) dan dari Program Satu Tahun ke Program Dua Tahun.

  • Proses penukaran jurusan hanya dibuka semasa minggu pengurusan pelajar. Pelajar perlu memohon dengan mengisi borang permohonan pertukaran jurusan di kaunter pejabat Hal Ehwal Pelajar selepas dimaklumkan.
19. Jurusan yang akan pelajar dapat
  Modul yang ditawarkan kepada  pelajar  adalah berdasarkan keputusan SPM pelajar dan akan diketahui semasa pelajar menjalani program pengurusan pelajar baru.
20. Berhenti daripada Matrikulasi
  Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar denda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
  1. Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
  2. Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (luar negara).
  3. Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM.
  4. Mengikuti Program Tamhidi  Perubatan , farmasi dan pergigian di USIM. e) Mengikuti program matrikulasi perubatan dan farmasi UIAM.
  5. Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara.
  6. Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
  7. Masalah kesihatan  dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
  8. Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.
21. Menangguhkan pengajian
  Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali kes kesihatan yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu  mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan pengajian hanya diberikan sekali sahaja dan hanya diluluskan oleh pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
22. Tuntutan semula yuran sekiranya tidak jadi mendaftar
  Boleh dengan menyertakan surat permohonan ke Bahagian Kewangan KMJ dan disertakan :
  1. Salinan surat tawaran
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan buku akaun Giro BSN
  4. Slip pembayaran yuran
23. Senarai semak Panduan Pendaftaran Pelajar
  Lampiran senarai semak pelajar boleh didapati/ di muat turan dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my
  1. Membuat pembayaran di BSN ( bawa slip bersama)
  2. Gambar berukuran pasport (6 keping)
  3. Setem HASIL bernilai RM10 (2 keping)
  4. Salinan sijil lahir pelajar
  5. Salinan kad pengenalan pelajar
  6. Salinan slip keputusan SPM
  7. Salinan sijil berhenti sekolah
  8. Salinan kad pengenalan ibu bapa
  9. Salinan sijil lahir ibu dan ayah ( jika ada)
  10. Salinan surat tawaran matrikulasi
  11. Salinan no akaun BSN Giro/ muka depan buku akaun ( yang tertera no akaun) ditampal di atas Borang Maklumat Giro
24. Pakaian hari pendaftaran
 

Pelajar Lelaki

 

  • Pakaian - Pelajar lelaki diwajibkan berpakaian kemas dan sopan iaitu berbaju kemeja plain, berlengan panjang, bertali leher dan berseluar 'slack' berwarna gelap (hitam/blue black/coklat gelap).
  • Pelajar lelaki muslim diwajibkan memakai songkok berwarna hitam sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. Tali pinggang tidak melebihi 3cm lebar. Manakala kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan.
  • Berkasut warna gelap (kulit/PVC).
  • Rambut tidak melebihi paras kolar, diurus dengan rapi dan kemas, tidak diwarnakan, sesuai dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi.

 

Pelajar Perampuan

  • Pakaian - Pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai baju kurung.
  • Pelajar perempuan bukan Islam, digalakkan memakai baju kurung. Pakaian lain seperti blaus dan berskirt labuh melepasi paras lutut juga dibenarkan.
  • Bagi yang tidak bertudung, pastikan rambut diikat rapi dan kemas. Rambut tidak boleh diwarnakan.
  • Berkasut tutup (kulit/PVC) bewarna gelap.
25. Pakaian dan penampilan diri semasa di KMJ
  Lampiran pakaian pelajar semasa menghadiri kuliah dan kelas boleh didapati/ di muat turan dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my

Secara umum,

  1. Pakaian kuliah – formal
  2. Seluar jeans, "legging" dan "jegging" – tidak dibenarkan
26. Pertukaran Bilik
  Penempatan bilik ditentukan oleh sistem. Sebarang permohonan pertukaran bilik tidak akan dilayan kecuali kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sahaja.
27. Senarai hotel di Tangkak
 

Lampiran senarai hotel di sekitar Tangkak boleh didapati/ di muat turan dari laman web KMJ www.kmj.matrik.edu.my

Copyright © 2015 Kolej Matrikulasi Johor. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.

Hubungi Kami
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jalan Payamas
84900 Tangkak
Ledang Johor.
info.kmj@kmj.matrik.edu.my
No Tel : 06-9781613
No Fax : 06-9781672

Joomla25 Appliance - Powered by TurnKey Linux