PENTING: Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut;

TINDAKAN 1

Daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (Semakan Tawaran Matrikulasi) pelajar perlu mencetak, melengkap dan membawa dokumen pendaftaran berikut bagi keperluan semasa lapor diri di Kolej Matrikulasi Johor seperti yang tertera di laman semakan tawaran.

TINDAKAN 2 : e-PENDAFTARAN

Pelajar dikehendaki mendaftar secara atas talian e-Pendaftaran Pelajar. Pendaftaran Pelajar Secara Atas Talian (online) akan dibuka bermula 2 Mei 2019 jam 12.01 tengahari Sehingga 8 Mei 2019 jam 11.59 malam sahaja (tertakluk kepada perubahan). Sila baca dengan teliti, cetak dan WAJIB patuhi tatacara tindakan pada panduan e-Pendaftaran Pelajar sebelum mendaftar.

TINDAKAN 3: MAKLUMAT TAMBAHAN

Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran

  1. Senarai Semak Dokumen Lapor Diri/Pendaftaran Pelajar Di Kolej Matrikulasi Johor
  2. Pas Masuk Kenderaan (CETAK dan PAPARKAN) pada cermin hadapan kenderaan pembawa pelajar
  3. Pamplet Minggu Pengurusan Pelajar Baharu
  4. Rujuk pelan lalulintas semasa hari pendaftaran

*perkara di atas boleh dimuat turun di www.kmj.matrik.edu.my

TINDAKAN 4: RUJUKAN PELAJAR & IBUBAPA

Cetak jika perlu:

  1. Garis Panduan Etika Pakaian Pelajar semasa urusan rasmi & menghadiri kelas (Lelaki - Perempuan)
  2. Soalan Lazim Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (muat turun)
  3. Soalan Lazim Pelajar Baharu Kolej Matrikulasi Johor (rujuk)

 

Sebarang kemusykilan boleh hubungi
Urus Setia Pendaftaran Pelajar Baharu 2019/2020
Tel: 06-978 1613 Fax: 06-978 1672
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.