BUKU PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI PELAJAR KMJ

Pakaian semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali dan aktiviti rasmi kolej

Pelajar Perempuan
Pakaian - Pelajar perempuan diwajibkan berpakaian kemas dan sopan.

  • Semua pelajar Islam perempuan dibenarkan memakai baju kurung, blaus labuh, executive pantsuit yang longgar, tidak menjolok mata, tidak jarang. Pelajar muslim digalakkan memakai tudung.
  • Semua pelajar bukan Islam dibenarkan memakai pakaian blaus dan berseluar slack yang sopan dan tidak menjolok mata. Jika ingin memakai pakaian kebudayaan masing-masing adalah dibenarkan dengan bersyarat tidak menjolok mata, sopan dan tidak melampaui batas sebagai seorang pelajar. Pakaian kebudayaan etnik masing-masing dibenarkan pada setiap hari Khamis sahaja. Berbaju kurung adalah digalakkan.
  • Berkasut (kulit/PVC)
  • Bertudung bagi pelajar Islam.
  • Bagi mereka yang tidak bertudung sila pastikan rambut diikat rapi dan kemas.
  • Bagi pelajar perempuan bukan Islam, digalakkan memakai baju kurung.
  • Pakaian lain seperti blaus dan  skirt labuh melepasi lutut juga dibenarkan.
  • Pelajar perempuan tidak digalakkan memakai seluar panjang.


DILARANG

  • Berbaju T/ jeans/ jubah/ niqab/ dress/ baju tanpa lengan / singkat / ketat / jarang/ skirt pendek tidak dibenarkan sama sekali.
  • Mewarnakan rambut
  • Sebarang jenis selipar dan sandal


Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum

  • Pakaian Unit Beruniform - pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam yang ditetapkan.
  • Pakaian Kelab dan Persatuan - pakaian pelajar adalah tertakluk kepada peraturan.
  • Pakaian sukan dan Permainan - memakai pakaian yang sesuai dengan jenis sukan atau permainan.
  • Pelajar dikehendaki memakai seluar trek dan baju ‘T’.

 penampilan 1penampilan 2