PENGENALAN

Pusat Sumber Zaaba (PSZ) berperanan dalam memberi sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran pelajar matrikulasi melalui penyediaan kemudahan perkhidmatan dan keperluan koleksi rujukan. PSZ mula beroperasi pada Ogos 2002 sejajar dengan kemasukan pelajar baharu sesi 2002/2003 dengan kekuatan tenaga kerja pada masa itu seramai 6 orang yang terdiri dari 5 orang pegawai khidmat singkat (PKS) dan seorang Pembantu Am Pejabat (PAR). PSZ dari semasa ke semasa merancang untuk pembangunan koleksi yang berkualiti untuk kegunaan warga kolej .

MISI
Pusat Sumber Zaaba sebagai pusat informasi dan sumber rujukan yang memenuhi keperluan warga kolej.

VISI
Beriltizam membangunkan koleksi berkualiti dan variasi serta memberi perkhidmatan yang efisien, sistematik dan mesra pelanggan.

OBJEKTIF
Memberi sokongan kepada sistem pendidikan dan latihan formal di kalangan pelajar
Menyediakan kemudahan penyelidikan, rujukan prasarana fizikal dan sistem komputer serta keperluan maklumat kepada tenaga pengajar dan kakitangan
Menyediakan bahan-bahan perpustakaan untuk keperluan riadah kepada seluruh warga kolej
Menggalakkan perkongsian sumber maklumat di antara Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

WAKTU PERKHIDMATAN  
AHAD – RABU   :  8.00 PAGI – 5.00 PETANG
KHAMIS  :  8.00 PAGI – 3.30 PETANG
JUMAAT , SABTU & CUTI UMUM TUTUP

 

LIB