PENGENALAN

Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berdisplin, bersemangat patriotik, berketrampilan, mempunyai daya tahan, mempunyai daya kepimpinan, bertanggungjawab, berdikari, peka dengan masalah persekitaran serta mengamalkan gaya hidup yang sihat di dalam kehidupan seharian sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

 OBJEKTIF

Setelah menjalani kursus dengan jayanya, pelajar akan dapat : 

  1. Merangsang pengisian masa lapang dengan aktiviti berfaedah, memberi kegembiraan serta menyebabkan pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri melalui kegiatan kokurikulum;
  2. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum disamping membentuk disiplin, jati diri dan daya juang menerusi aktiviti yang disediakan;
  3. Membentuk pelajar yang mempunyai kestabilan emosi, kejelekitan kelompok dan saling hormat menghormti tanpa mengambil kira latar belakangsosio-ekonomi;
  4. Mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan.