Objektif Unit

Setelah mengikuti program di KMJ, para pelajar sains fizikal sepatutnya berupaya mencapai objektif-objektif berikut:

  1. Para pelajar berkemahiran mengadoptasi dan mengadaptasi semua sumber maklumat yang disediakan untuk dihurai, diterjemah, diramalkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
  2. Menguasai pemikiran kreatif dan inovatif dalam pencapaian akademik.
  3. Mempromosikan diri lebih berkualiti dan bersedia menyahut segala cabaran ke arah kesempurnaan insan.

Visi
Mewujudkan pelajar jurusan Sains Fizikal yang memiliki kesempurnaan akademik berlandaskan Falsafah Pendidikan kebangsaan.

Misi
Merealisasikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan input secara global untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif.

Matlamat Unit
Mewujudkan unit yang mapan antara saingannya dari segi pencapaian akademik melalui program pengajaran dan pembelajaran yang sistematik.

Unit Fizik
Unit Fizik berada di tingkat 2 bangunan pentadbiran. Unit ini terdiri daripada 32 orang pensyarah dan diketuai oleh ketua unit En. Zulkiflie Bin A.Wahab