Pengenalan
Kursus Ekonomi 1 & 2 merupakan salah satu kursus yang ditawarkan dalam Kursus Pengkhususan Jurusan Perakaunan Program Matrikulasi.
Rasional Kursus
Kursus ini terbahagi kepada Ekonomi 1 (AE015) pada semester 1 dan Ekonomi 2 (AE025) pada semester 2
Pada semester 1 pelajar diperkenalkan kepada konsep asas Mikroekonomi yang berkaitan dengan gelagat pengguna dan gelagat pengeluar. Aplikasi teori Mikroekonomi amat relevan dalam membuat keputusan ekonomi yang rasional
Pada semester 2 pelajar diperkenalkan kepada konsep asas Makroekonomi yang berkaitan dengan pembolehubah makroekonomi dan penentu kegiatan ekonomi . Aplikasi teori Makroekonomi amat relevan untuk menerangkan dab memahami perkembangan ekonomi semasa.
Hasil Pembelajaran Kursus
Pada akhir kursus ini pelajar dapat :
- menerangkan konsep asas dan teori dalam Mikroekonomi dan Makroekonomi
- menganalisis konsep Mikroekonomi dan Makroekonomi menggunakan pendekatan jadual, persamaan dan rajah
- mencari dan mengurus maklumat semasa berkaitan dengan Mikroekonomi dan Makroekonomi daripada sumber yang relevan.