gambar upim3

 

Unit Pendidikan Islam dan Moral terletak di aras 1 bangunan pentadbiran KMJ.

Unit ini diterajui oleh En. Abdul Hisham Bin Md. Jani sebagai Ketua Unit. Penolong Ketua Unit ialah Tuan Hj. Zainuddin Bin Jusoh.  Unit ini terdiri dari 6 orang pensyarah.

Unit Pendidikan Islam dan Moral merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar matrikulasi.

 

MISI

Unit Pendidikan Islam dan Moral berusaha mendidik pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi sahsiah dan akademik melalui pengajaran dan bimbingan yang berterusan.

 

VISI
Unit Pendidikan Islam dan Moral merupakan pemangkin kemantapan dan kecemerlangan modal insan.

 

OBJEKTIF

  • Melahirkan pelajar yang memiliki akhlak sahsiah yang unggul selari dengan ajaran agama.
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar ke arah cemerlang akademik.
  • Menampilkan imej pelajar yang berfikiran luas dan mampu menangani isu-isu semasa dengan kreatif.