Unit Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Johor beroperasi sejak awal KMJ mula beroperasi. Unit Pengurusan Perniagaan menyokong Visi kolej iaitu Kolej Matrikulasi Johor penjana pelajar berkualiti ke Institusi pengajian tinggi dan Misi kolej iaitu beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah melalui pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

Unit Pengurusan Perniagaan diketuai oleh Ketua Unit, Pn. Aishah Binti Ali  dan dibantu dengan lima orang pensyarah yang sangat berpengalaman dari segi akademik dan pengajaran matrikulasi.

Pensyarah Unit Pengurusan Perniagaan akan sentiasa memberi kerjasama secara jitu kepada pelanggan kami iaitu para pelajar jurusan perakaunan agar sentiasa cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah.

Harapan kami, Unit Pengurusan Perniagaan akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik sekaligus menyumbang kepada kecemerlangan akademik para pelajar.