Unit Matematik diletakkan di bawah Jabatan Matematik yang diketuai oleh Ketua Jabatan, En. Nik Abdul Jamal bin Muhammad yang ditempatkan di aras satu bangunan pentadbiran. Pada masa ini, unit matematik mempunyai tenaga kerja seramai 36 orang pensyarah, yang mempunyai kelayakan dalam pelbagai bidang matematik. Unit ini terdiri daripada 3 orang pensyarah gred DG54 (Subject Matter Expert, (SME)), 10 orang pensyarah gred DG54, 6 orang pensyarah gred DG48, 12 orang pensyarah gred DG44 dan 5 orang pensyarah gred DG 41. Semua perancangan Unit Matematik diketuai oleh Pn. Nurul Dasila Binti Mat Daud selaku ketua unit, dibantu oleh penolong ketua unit iaitu Pn. Nor Aishah Binti Sumailan..


Subjek matematik yang ditawarkan kepada pelajar adalah:

Matematik Sains (SM015 / SM025) - Pelajar Sains Sistem Dua Semester (S2S)
Matematik Akaun (AM015 / AM025) - Pelajar Perakaunan Sistem Dua Semester (S2S)
Matematik Sains (DM015 / DM025 / DM035 / DM045) - Pelajar Sistem Empat Semester (S4S)


Dalam melaksanakan tugas sebagai sebuah unit akademik, Unit Matematik mempunyai Misi, Visi, & Objektif berikut:

VISI
Menjana para pelajar dengan asas Matematik yang lengkap untuk kecemerlangan pada masa hadapan.

MISI
Beriltizam mendidik pelajar melalui P&P berkesan bagi melahirkan pelajar yang dinamik, berkualiti dan kompetatif.

OBJEKTIF
Memastikan 100% pensyarah melaksanakan PdP berdasarkan Rancangan Mengajar Semester.
Mencapai 100% lulus bagi subjek Matematik dalam PSPM.
Mencapai sekurang-kurangnya 12 % A dalam PSPM.
Mencapai sekurang-kurangnya 4.0 skala Likert bagi pemantauan PdP pensyarah.