VISI
Pengurusan pentadbiran kolej kediaman berkesan dan sistematik

MISI
Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman mencapai peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan dengan cemerlang

OBJEKTIF

  • Memastikan pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman mengikut peraturan dan prosedur kerja yang ditetapkan
  • Memastikan setiap pelajar yang mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Johor mendapat tempat tinggal yang kondusif bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
  • Memastikan segala keperluan asrama dilengkapi dengan sempurna
  • Memastikan segala kerosakan di kolej kediaman dibaiki dengan kadar segera


 
PIAGAM PELANGGAN

Kami, pihak pentadbiran kolej kediaman beriltizam akan :

  • Memastikan urusan penempatan pelajar kolej kediaman diselesaikan dalam tempoh sepuluh (10) minit
  • Memastikan pelajar dihantar mengikut masa untuk menerima rawatan di klinik dalam tempoh lima belas (15) minit selepas aduan diterima
  • Memastikan aduan kerosakan diambil tindakan dalam masa 48 jam
  • Memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang berada di kolej kediaman
  • Memastikan kemudahan prasarana pelajar mencukupi dan terurus sepanjang masa
  • Memastikan pelajar mendapat bungkusan/surat yang dihantar dengan cepat setelah tiba di kolej kediaman
  • Memastikan waris mendapat maklumat berkaitan dengan pelajar yang hendak dihubungi dalam tempoh sepuluh (10) minit