Pengenalan Unit ICT
Unit ICT (dahulunya dikenali sebagai Unit Data dan Maklumat) merupakan sebuah unit yang dtubuhkan bagi melaksanakan operasi perkhidmatan teknologi maklumat (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar di Kolej Matrikulasi Johor. Unit ICT  diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan dibantu oleh 5 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dan seorang Juruteknik Komputer.

 

Objektif

Antara objektif penubuhan unit ini ialah :

  • Mentadbir dan melaksana khidmat sokongan teknikal untuk operasi sistem data pelajar dan pensyarah.
  • Membantu mengurus dan menyelaras prasarana rangkaian internet dan Wi-Fi
  • Melaksana penyelenggaraan atau pembaikan perkhidmatan ICT seperti sistem matrikulasi, perkakasan komputer di Dewan Kuliah, Pusat Sumber, Makmal Komputer serta tempat kerja pengguna.
  • Membantu merancang dan menyelaras perolehan berkaitan ICT
  • Membantu menyelaras keperluan operasi dan perkembangan semasa teknologi ICT 

 

Perkhidmatan ICT yang disediakan di Kolej Matrikulasi Johor :

  • Matriculation Information System (MIS)
  • Capaian Internet dan Wi-Fi
  • Laman Web Rasmi KMJ
  • E-mel Rasmi KMJ
  • Makmal Komputer