PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER

PERKHIDMATAN SIRKULASI (PINJAMAN DAN PEMULANGAN)

Keahlian

Terbuka kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar Kolej Matrikulasi Johor sahaja. sirkulasi

Pendaftaran

Semua warga Kolej Matrikulasi Johor adalah ahli Pusat Sumber secara automatik dan boleh menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kad matrik pelajar akan digunakan setiap kali urusan pinjaman dan pemulangan, perkhidmatan internet dan perkhidmatan lain.

Peraturan Pinjaman

Koleksi Rak Terbuka

  • PELAJAR - Dibenarkan meminjam 4 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
  • KELAB SAHABAT - Dibenarkan meminjam 6 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
  • PENSYARAH DAN STAF -  Dibenarkan meminjam 8 buah buku untuk tempoh masa 4 minggu

Bahan Rujukan

  • Bahan-bahan rujukan seperti terbitan bersiri, akhbar, majalah, buletin hanya boleh digunakan didalam pusat sumber sahaja
  • Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu hanya dengan kebenaran Pustakawan

Pembaharuan Pinjaman dan Tempahan

  • Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sebanyak 2 kali berturut-turut di kaunter sirkulasi atau melalui sistem web OPAC.
  • Semua pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain di kaunter sirkulasi atau melalui sistem web OPAC
  • Pengguna perlu menyemak dari masa kesemasa samada bahan tersebut telah dikembalikan ke pusat sumber. Bahan tempahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pelajar lain selepas 5 hari dari notis tempahan dikeluarkan.

Denda

  • Pengguna akan didenda RM0.20 bagi setiap buku yang lewat dihantar.
  • Sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam, pengguna perlu membayar harga buku dan bayaran pengurusan RM10.00 bagi setiap buku yang hilang