Warga KMJ dijemput hadir menyertai Program Jejak Merdeka @ Pusat Sumber Zaaba, KMJ yang berlangsung sehingga 16 September 2023. Hadiah menarik disediakan. 

jejak

 




KELAB SAHABAT PUSAT SUMBER ZAABA 2022




Warga KMJ dijemput hadir menyertai Program Jejak Merdeka @ Pusat Sumber Zaaba, KMJ yang berlangsung sehingga 29 September 2022. Hadiah menarik disediakan.

JEJAK MERDEKA PSZ




Warga KMJ yang berkelapangan dijemput hadir menyertai Program Jom Baca Tahun 2022

JOM BACA PSZ 2022

 



PENDAFTARAN KEAHLIAN KELAB SAHABAT PSZ

PUSAT SUMBER ZAABA, KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

 

KELAB SAHABAT PSZ




 

 

PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN

TEMA: 'COVID-19'

pertandingan cipta pantun covid 19

    SYARAT PERTANDINGAN

  1. Terbuka kepada semua warga KMJ (Pensyarah, Staf & Pelajar)
  2. Peserta dikehendaki menghantar empat (4) rangkap pantun empat (4) kerat melalui borang penyertaan yang disediakan ke e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  3. Pantun adalah bertemakan “Covid-19” mengikut kreativiti tanpa melibatkan isu-isu sensitif.
  4. Peserta hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan.
  5. Pantun yang dihantar adalah karya asli dan tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan pantun.
  6. Penjurian akan dilaksanakan oleh Pakar Rujuk Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Guru.
  7. Tarikh pertandingan : 15 - 30 Disember 2020
  8. Muat turun borang penyertaan DISINI
  9. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  10. Pihak Pusat Sumber akan menghubungi para pemenang melalui e-mel atau telefon.



 PAMERAN MAYA MENGENAI COVID-19

 pameran maya covid 19

 

 

 

  Teks penuh pameran maya covid-19 Pusat Sumber Zaaba:      http://tiny.cc/pamerancovid-19pszaaba

 

 

 

 

 

 

 

 




 PAMERAN MAYA KHAZANAH PANTUN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

 

 pantunDBP

 

 

 

 

  Teks penuh pameran maya khazanah pantun DBP :                                http://tiny.cc/pantunDBPpszaaba

 

                    

 

 

 




Blind Date With a Book

Blind Date With a Book merupakan salah satu program galakan membaca yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Zaaba untuk menyokong program Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030. Ianya bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan budaya membaca di kalangan warga Kolej Matrikulasi Johor. Warga KMJ yang berminat menyertai aktiviti ini perlu mengikuti peraturan berikut:

1) Peserta perlu hadir ke Pusat Sumber Zaaba untuk memilih buku yang digemari di ruang Blind Date With a Book yang disediakan. 

2) Buku tersebut dibalut dengan penuh misteri dan dilekatkan maklumat ringkas dan subjek buku. 

3) Peserta perlu meminjam buku tersebut melalui kaunter unit Pusat Sumber.

4) Peserta perlu membaca serta membuat ulasan/sinopsis mengenai buku tersebut menggunakan Borang Penulisan Sinopsis Buku

5) Borang penulisan sinopsis buku yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Unit Pusat Sumber Zaaba melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya seminggu selepas tarikh peminjaman buku.

6) Setiap penyertaan akan mendapat hadiah cenderahati dari Unit Pusat Sumber Zaaba.

7) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan ulasan/sinopsis. Penyertaan ulasan/sinopsis terbanyak akan mendapat hadiah misteri dari Unit Pusat Sumber Zaaba.

8) Sebarang pertanyaan, sila hubungi petugas Unit Pusat Sumber Zaaba.

Sekian, terima kasih.

 blind date2