Skip to main content

Latar Belakang

Sejarah Kolej Matrikulasi Johor


Kolej Matrikulasi Johor mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan pengambilan pertama pelajar dalam lingkungan 800 orang. Ianya merupakan kolej matrikulasi yang keenam dibuka selepas KM Negeri Sembilan, KM Melaka, KM Labuan, KM Pulau Pinang Dan KM Perlis. Kolej ini terletak di daerah Tangkak dan lokasinya berdekatan dengan jalan utama ke Segamat. Keluasan kampus ini adalah sekitar 56 ekar dan dikelilingi dengan kawasan yang sedang membangun serta berhampiran kawasan rekreasi Gunung Ledang yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk menjalankan aktiviti rekreasi.

Sepanjang Kolej Matrikulasi Johor ditubuhkan, seramai 10 orang individu telah dan sedang berkhidmat sebagai pengarah iaitu En. Jailani bin Rusni (2002 -2004), Tn. Hj Solehan bin Remot (2004-2005), En. Abdul Wahab bin Sungib (2005-2006), Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Idris (2007-2011), Tn. Hj. Sasman bin Yasir (2011-2013) , Tn. Hj. Zaidi bin Yazid (2014), Pn. Nor Haslida binti Tahir (2015-2018), Tn. Hj. Mohd Yusof bin Samad (2018- 1 Mac 2021), En. Muhamad Fariq bin Che Mee (31 Julai 2022 - 19 Januari 2025) dan yang terkini adalah Puan Hjh Azyyati binti Jantan (20 Januari 2025 - kini).